Quantcast
Channel: KELABRAM
Viewing all 57 articles
Browse latest View live

Tulis@RAMFC: Dialog/Monolog Mariam, Luna & Haryani – Hanya BertepukSebelah Tangan oleh Elle Syeila

$
0
0
Mariam, Luna & Haryani
 
Kenapa Saifuddin sedikit pun tidak memandang kita. Apakah paras kita ini semua kurang menarik. Apa kah kita tidak menonjol. Sedangkan Ratna pernah dipengaruhi Syaitan dan selalu membuat durja di dunia ini.Kenapa Saifuddin tidak memilih antara kita walaupun hanya sebagai penganti Ratna?
 
Haryani


 
Aku berangan menjadi puteri, lalu terdampar di dunia yang lebih awal. Sebelum itu aku sentiasa memperlekehkan cinta. Lelaki bagaikan bayang-bayang sahaja bagiku. Hidup ku hanya sahabat dan keluarga.
 
Sehingga aku bertemu saifuddin di dunia yang lebih awal itu. Aku terpesona dengan kejantanan, keimanan dan ketaatan dia yang hanya kepada Allah sahaja. Di dunia ku, jarang sekali dapat ku menemui susuk sebegitu. Jika ada pun, kemungkinan dia adalah hanya lelaki akhir zaman yang memakai baju dari kulit kambing dan bertopengkan keimanan.
 
Tangkasnya dia di pentas lawan, baiknya akhlak tidak bertepi dan taatnya dia kepada suruhan Yang Maha Kuasa membuatkan aku tersipu malu dengan diri sendiri. Dan aku hanya bertepuk sebelah tangan. Cinta tidak berbalas walaupun hampir dinikahi. Tidak mungkin kerana kami dipisahkan dengan batas waktu yang jauh ku tinggalkan dan lebih kebelakang dari usia ku yang sebenar.
 
Bayangkan dia lelaki pertama menulis ayat-ayat yang memujaku seperti puteri. Masakan aku tidak mendambakan dia. Masakan? Mana mungkin? Hati mana yang tidak tertawan. Namun jodoh di tangan Allah, aku harus redha. Namun hati tetap berdegil, lalu aku menegas menutup pintu hati untuk lelaki yang lain.
 
Bodohkah aku? Ya aku bodoh! Sedangkan begitu ramai sang teruna ingin memiliki. Bukan tiada lelaki yang baik. Sedangkan Dani sehingga terdampar di bumi seberang kerana aku tidak membalas cintanya. Masih hati ini hanya untuk kau Saifuddin.
 
Saifuddin jika kau lelaki yang wujud di duniaku, aku pasti menjadi milikmu.
 
Bagaikan tasik  mempunyai naga
Ko tangkas memegang senjata
Dalam diam kau bertakwa
Menjadi harapan kepada bangsa
Agamamu menjadi pedoman
Melawan  dan menawan lawan
Bagaikan putera tapi tidak dimahkotakan
Kau jadikan ku puteri seperti yang kuimpikan
Kau Bagaikan Sang Pendeta dari syurga
Terus bertaktha di hati ini
 
Luna


Dia pengubat kesedihan ku. Setelah lama aku kesepian, aku bagai menemui penawar cintaku yang telah mati bersama suamiku. Perilakunya yang soleh itu membuat hatiku tidak keruan. Aku ingin sekali berada bersama dengan dia siang dan malam.
 
Aku mengekorinya ke mana-mana. Seperti orang yang gila bayang aku jadinya. Aku memastikan keselamatan nya terjamin. Terlukanya dia terlukalah aku. Walaupun aku dilarang oleh Ayahanda namun hati ini tidak tega melepaskan cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan.
 
Akhirnya hati ini hancur juga bila dia menikahi Ratna. Aku tidak tersangka dia memilih perempuan puaka itu. Kenapa Saifudin? Kenapa Sunan? Kenapa perempuan itu? Sedangkan dulu, haryani tidak kurang elok itu tidak dinikahinya, kenapa dia harus menikahi perempuan neraka ini? Oh tidak.
 
Aku saksi segala peristiwa dalam hidupnya. Aku cemburu melihat dia melayan Haryani begitu baik. Aku pelik dia menjaga Ratna bagaikan Ratna tidak pernah melakukan kesalahan. Apakah manusia ini buta? Atau aku yang buta. Buta dalam menilai erti cinta yang sebenar.
 
Kemudian perempuan durjana itu mati. Ha memang patut pun. Tapi aku turut berasa kesedihan Saifuddin. Aku merasa bersalah. Aku merasa bahawa aku perempuan yang tidak baik mencemburui Ratna ketika dahulu. Oh Saifuddin maafkan aku. Aku sepatutnya lebih segera sampai menolong mu pada masa itu, namun nasi telah menjadi bubur. Tidak ku sangka seorang ibu sanggup membunuh anaknya sendiri.
 
Kesian Sunan ku lihat. Kemudian tiba-tiba dia menghilangkan diri entah ke mana? Lama sungguh. Aku merayau-rayau mencarinya. Ketika itulah aku melihat Buanda Kayangan Puteh. Tidak kusangka perempuan itu masih hidup. Namun dia telah bertukar rupa. Sungguh aku melihat kekuasaan Allah.
 
Namun hatiku tetap gembira kerana Sunan tidak mengetahui yang isterinya masih hidup. Peluangku masih terbuka luas. Ya, aku berikrar menjadi penganti Ratna.
 
Saifuddin muncul semula tapi dia sangat berbeda. Dia kurang upaya. Tidak segagah dulu. Dia Nampak sedih. Kenapa Sunan? Aku disini Sunan. Di sini?
 
Ayahanda menjadi tempat mengadu, aku tidak teguh melihat Saifuddin begitu. Lalu aku memujuk ayah menyelamatkan Saifuddin. Di tempatku ini Saifuddin terlantar dan diubati oleh kaumku. Dia pulih semula dan aku gembira. Aku berharap dia akan merasa cintaku ini selepas dia pulih.
 
Rupanya cinta Sunan kepada Bangsa, Negara dan Agama lebih tinggi. Dia mahu pulang berjuang mempertahankan tanah airnya yang telah pun dijajah.
 
Di sana ku tahu seorang perempuan kristian sedang menunggunya juga dengan cinta kepada dirinya. Haruskah aku berebut lagi. Tidak mungkin aku tewas kepada perempuan yang tidak seagama dengan Saifuddin.
 
Sekali lagi api cemburu membara, rupanya Catalina telah bertukar menjadi Mariam?! Apakah kuasa yang ada di dalam Saifuddin yang menyebabkan perempuan itu bertukar. Tidak mungkin! Perempuan ini bukanlah baik sangat. Kedatangannya dalam hidup Saifuddin penuh dengan niat jahat. Saifuddin kenapa kau menerima nya sebegitu mudah walhal dia telah menyeksa mu semasa susahmu. Kenapa Sunan begitu mudah memaafkan? Adakah kerana kata-kata kau pegang itu ‘Sebagai Manusia Aku Sayang Pada-Mu’? Oh Saifuddin.
 
Aku dapat merasakan aku akan tewas lagi. Namun aku tidak akan memudahkan Mariam untuk memiliki nya sebegitu sahaja. Perjalanan jauh bersama Saifuddin membuatkan aku memahaminya. Dia seorang yang setia, Cintanya hanya kepada Allah S.W.T dan kasihnya hanya kepada Ratna Si Ratu Sulaman. Lalu aku membiarkan sahaja Saifuddin mengambil langkah menemui semula Ratna yang telah menjadi makhluk ngeri dilihat orang. Aku pasrah setelah aku melihat Mariam berteguh hati berpisah dengan Saifuddin.
 
Biarlah Saifuddin bersatu dengan yang hak. Sedangkan aku mula melihat ada yang masih menyimpan hati kepada balu pahlawan polip ini. Aku menerima cintanya seadanya. Akhirnya aku merasa nikmat yang Tuhan berikan kepadaku. Hidup sebagai pasangan yang direstui oleh Allah.
 
Mariam


Aku dikahwini oleh seorang yang setaraf denganku. Mana mungkin aku menerima cinta orang kebanyakkan. Dan  aku berpegang teguh kepada agamaku. Aku dilayan bagaikan puteri raja. Aku boleh meminta apa sahaja dengan memetik jari.
 
Tiba-tiba aku dirundung malang, suamiku tewas di medan perang. Berbulan ku menunggunya pulang, namun berita gila ini yang ku terima. Nikmat perkahwinan yang tidak sempat kurasai kerana suami menyahut seruan negara, kini bertemu mati. Aku merasakan ia juga, aku juga mahu mati. Aku tidak percaya kepada tuhanku lagi. Apakah erti semua ini? Bila bahagia yang ku nanti, petaka pula yang hadir menemani.
 
Oh hidup penuh sengsara, siang dan malam aku menangisi hidupku ini sehingga aku bertemu wanita berhijap yang mengelarkan dirinya Mariam. Oh siapa Mariam? Dia nampak tenang sahaja. Oh Mariam mula memberikan aku petunjuk menemui dia. Kelembutan dan kasih sayang Mariam membuatkan aku ingin mencarinya. Lalu aku mengikut petunjuknya untuk mencari lelaki bertanduk dua bakal membawa ku bertemu dengan Mariam.
 
Lelaki bertanduk dua yang ku layan seperti hamba tiba-tiba membuatkan jiwaku mula terusik. Walaupun menjadi tawanan dan hamba sahayaku, lelaki ini masih teguh dengan agamanya. Siang malam mulut berkumat kamit memuji kebesaran yang Agung. Hatiku yang keras mula menjadi lembut. Sementan aku melihat dia tidak kurang kacaknya.
 
Mungkinkah lelaki bertanduk dua bakal penganti suamiku? Namun lelaki sukar didekati. Terdapat penghalang untukku bersatu dengannya. Ya mungkin agama dan taraf. Mungkin jiwa tidak mungkin bersatu. Aku meneruskan perjalanan mencari Mariam dari petunjuk lelaki bertanduk dua….lama-lama mariam yang ku cari adalah diriku sendiri.

Setelah mengenal kebesaran Allah, aku mula mengubah diriku keranaNya. Dengan bimbingan Saifuddin aku mula menjadi wanita solehan dan seorang mukmin yang sejati. Aku cuba mengintai peluang untuk bersama Saifuddin. Aku juga tahu Luna, makhluk bersayap juga menaruh hati kepadanya. Daripada Luna aku mengetahui Saifuddin pernah beristeri. Lalu aku mengerti, cintanya kepada arwah isterinya masih kukuh.

Perjalanan pulang yang jauh bersama Saifuddin pulang ke tanah air membuat aku lebih banyak belajar tentang cinta. Rupanya cinta sesama insan tidak penting melainkan cinta kepada Ilahi. Dari bertepuk sebelah tangan lebih baik aku belajar mencintai yang Esa.
 
Rasanya diri lebih disayangi selepas itu. Aku berterima kasih kepada Si Laksamana kerana mengenalkan aku kepada cinta yang Agung iaitu cinta kepada Ilahi.
 
Mariam, Luna & Haryani
Lalu kami memahami, bukan kami yang memilih mencintai siapa dan dicintai. Kami harus belajar mencintai yang Esa dahulu. Barulah kami mengenal cinta yang sejati.
 
Sekian.
 
Setia @ PDKL|101112| 0339

Nota:
Seingat ketika ini, siri Laksamana Sunan telah masuk ke buku ke lima. Nukilan ini diterbitkan dalam projek buku khas RAMFC bertajuk 'Sailang' dan bersempena 5 tahun RAMFC.

Berminat mahu kongsikan karya anda pula di website RAMFC. Karya perlu bertemakan 'FanMade' atau 'FanArt' dimana dipengaruhi karya-karya RAM. Kisah peminat gila pun kami terima. Hantarkan karya anda ke admin.ramfc@gmail.com bersama maklumat berikut nama penuh, facebook atau instagram ID dan no telefon.

Kalau ada bajet, kita buat buku sempena Sedekad RAMFC.


[#KajunAjakSembang] - Segalanya Buatmu RAMians

$
0
0

Selamat sejahtera buat semua RAMians.
Diharapkan agar kalian semua baik-baik sahaja hendaknya.

Sekejap sahaja kita dah berada di penghujung Februari.
Dah daftar nama dah untuk Malam Gala Sedekad RAMFC?
Kalau belum, cepat-cepat tau?
Harga 'early bird' yang ditawarkan akan tamat 2 hari sahaja lagi.

Banyak perancangan yang telah diatur demi meraikan kalian yang selama ini setia bersama RAMFC dalam apa jua situasi.
Dan majlis ini diadakan khusus untuk kita semua, para peminat Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) sebagai tanda apresiasi dan penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Seperti yang Kajun cakap sebelum inilah, setelah kita berpesta dengan buku pada sebelah siangnya, apa kata kita sama-sama bersuai kenal pada malamnya pula.

Kami para RAMbassador sememangnya mengutamakan keselesaan para RAMians dalam menjayakan majlis tersebut.
Pemilihan tarikh pada hujung minggu yang sangat sesuai untuk memudahkan RAMians mengatur jadual peribadi, diibaratkan sambil menyelam minum air.
Pemilihan Hotel Sani yang berdekatan dengan PWTC untuk memudahkan perjalanan RAMians setelah 'membeli belah' buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Malah, jika kalian bimbang andai kepenatan, kalian juga boleh menginap di situ dan meneruskan urusan pembelian buku di PBAKL pada keesokan harinya.

Dan paling istimewa, kedatangan para RAMians sudah pastinya akan disambut mesra oleh Tuan RAM sendiri di mana kalian berpeluang meluangkan masa dengan lebih dekat untuk bertanyakan apa sahaja secara terus kepada beliau.

Jadi, tunggu apa lagi?
Kajun sememangnya dah tak sabar nak berjumpa dengan RAMians semua.
Bolehlah kita bertukar-tukar idea dan juga cerita sesama kita, lebih kepada sudut seorang penggila karya Tuan RAM.
Teruja kan?
Jadi, silalah mendaftarkan diri cepat-cepat sebab bukan sahaja tarikh tutup dah semakin hampir.
Tempat duduk juga adalah TERHAD.
Haaaa, seram tau kalau kita bersemangatttt nak pergi, tiba-tiba seat dah habis.
Huhuhuuuuu..

Baiklah, kita jumpa lagi minggu hadapan ya?
Selamat berhujung minggu!
💋💋💋💋

[#KajunAjakSembang] - Anding Ayangan, Mu Tunggu Kajun!

$
0
0

Salam penuh kasih sayang buat semua RAMians.
Kajun doakan semoga semuanya berbahagia dan gembira di samping yang tersayang walau di mana jua kalian berada.

Nampaknya, ada yang telah mengukir senyum hingga kejang rahang ya?
Manakan tidak, Anding Ayangan telah memunculkan dirinya.
Semestinya buah tangan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) kali ini menjanjikan satu dimensi baru untuk kita terokai.
Oh, seronoknya perasaan!

Buat yang memesan dengan RAMFC Store, sabar ya?
Admin bertugas sedang menyiapkan tempahan kalian bagi memastikan buku juga cendera mata buat kalian disediakan dalam keadaan molek dan terbaik.
Dengan izin-Nya, kalian semua akan dapat menatap naskhah ini dan perasaan gembira itu bertambah dengan 'button badge' edisi terhad itu.

Tapi Kajun nak minta bantuan tau?
Kalau dah ada antara RAMians yang dah membaca nukilan terbaru Tuan RAM ini, kita simpan-simpan dulu ya?
Ya, ya!
Kajun tahu banyak kejutan yang indah-indah yang ada dalam buku ini.
Tapi, apa kata kita tunggu sedikitttttt sahaja lagi masa untuk berkongsi dengan teman-teman lain.
Kajun faham sangat betapa peritnya perasaan yang menunggu.
Jadi, kalau dah ramai yang dah baca, barulah seronok sedikit nak diajak bersembang.
Kan?

Baiklah, Kajun pun sudah nak lelapkan mata.
Esok, dengan izin-Nya Tuan RAM akan berada di Karnival Karangkraf lagi.
Sesi beliau dijangkakan bermula jam 11.
Jadi, kita jumpa di sana ya?
Jaga diri semua dan semoga yang indah-indah jua melingkari hari kalian.

[#KajunAjakSembang] - Tuhan, Jaga Dia Untukku

$
0
0

Selamat malam semua!
Tengah makan apa tu?
Kajun dah kenyang dengan lauk kenduri hari ini.
Ditambah lagi dengan kudapan waktu petang, aduh memang penuh dah perut ni ha.

Kajun harap, RAMians semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Tambahan lagi, dalam musim yang tak menentu ini.
Kalau di kawasan Lembah Kelang ni, asal nak keluar aje hujan.
Asal nak hujan aje, keluar rumah.
Eh?
Ahahahaha.
Takdelah.

Kajun nak nyatakan, betapa tidak menentunya cuaca di sini.
Terkadang nak keluar pergi kerja, dah jalan jem sebab pertambahan kereta di jalanan.
Terkadang masa mata dah jeling tengok jam tunggu masa punch out tu, terdengar bunyi guruh di langit.
Lagi haru, lepas Maghrib pun tak sampai rumah lagi.
Tapi itulah ketetapan yang perlu kita syukuri.
Sebelum ini, ada masa kita sampaikan kena berkipas sebab terlalu hangat.
Jadi yang paling penting, walau apa jua keadaan cuaca, sama-sama kita menjaga kesihatan diri serta yang tersayang ya?

Dah ada yang baca buku Anding Ayangan?
Mesti seronok ya, lagi-lagi yang telah dapatkan edisi cetakan pertama bersama-sama tanda tangan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM).
Versi yang semestinya lain dari apa yang pernah Tuan RAM tonjolkan dalam karya beliau sebelum ini.
Kajun pun baca sedikit sedikit sebab sayanggggg kalau habis cepat.
Huhuhuuuu..

Jujur cakap, Kajun belum habis baca lagi.
Tapi keindahan susunan bahasa, tertibnya sebuah pengkisahan, aduhhhh memang serba salah dibuatnya.
Kalau ikutkan rasa tak sabar, memang cepat aja nak habiskan.
Tapi ku bimbang ku kan rindu.
Iskkkk..

Yang paling mengujakan, ada 'teaser' nukilan Tuan RAM yang seterusnya.
Ala, selepas Anding Ayang inilah.
Tak percaya?
Cuba tengok gambar yang bersekali dalam ni.
Haaaa, dah percaya dah?
Bayangkan ya?
Tak habis lagi keterujaan yang dibawa dalam Anding Ayangan, Tuan RAM pancing lagi jiwa kita dengan Banja Manggala.
Adussss, mau sakit jantung tau Kajun kalau selalu macam ni.
Manakan tidak, jantung berdegup kencang aje dek keseronokan dalam pembacaan.
Aduhai!

Baiklah, setakat ini dulu daripada Kajun untuk minggu ini.
Kajun nak sambung ber'Anding' dahulu sambil layan roti canai.
Eh?
Makan lagi ya?
Kah kah kah!

Jaga diri dan semoga dirahmati sentiasa, dengan izin-Nya.

[#KajunAjakSembang] - Bicara Emas Yang Mengesankan

$
0
0

Salam sejahtera RAMians semua.
Kajun harap semuanya berada dalam keadaan terbaik dan gembira.
Maaf tak dapat berkongsi rasa dengan kalian minggu lepas.
Kajun terlebih masa untuk kerja-kerja yang memerlukan perhatian utama Kajun.

Dua minggu lepas, Kajun bersama kawan-kawan berkesempatan bertemu dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) dan sahabat beliau, Encik Abid bagi membincangkan pengisian Malam Gala Sedekad RAMFC pada 6 Mei ini.
Walaupun terlibat sebagai JK Induk, Kajun pula yang tak sabar-sabar nak tunggu segala program malam tu.
Harap-harap JK pun dibenarkan untuk sertai, kalau tak nanti melopong ajelah.
Jangan lupa sertai kami tau?
Masih sempat lagi ni.

Semasa bersembang dengan Tuan RAM, Kajun lebih suka menjadi pendengar.
Mendengar segala perkongsian yang dituturkan, sama ada berkenaan buku-buku beliau mahupun kehidupan; amat memberi makna dan mengesankan.
Nasihat serta pesanan yang diberikan akan diingati selagi terdaya, dengan izin-Nya.
Paling mengujakan pabila Tuan RAM masih ingat kisah kali pertama Kajun jumpa beliau.
Aduhai, terharu pula rasanya.
Hehehe.

Tapi begitulah.
Betapa putaran masa serta aturan Tuhan kepada kita sememangnya tidak terduga.
Kajun sehingga sekarang tidak menyangka dapat mengenali secara dekat peri budi seorang ikon seperti beliau.
Mula mengagumi karya beliau semasa masih menuntut dan beralamat tetap di Terengganu, tidak pernah Kajun impikan betapa Tuhan menjadikan suatu yang tidak pernah tersangka, menjadi kenyataan pabila Kajun direzekikan-Nya di bumi Selangor ini.
Tuhan itu sangat baik dan banyak dalam memberi, terasa amat segan kerana tidak sebegitu pula yang dibalasi.

Andai kalian diberi peluang berjumpa dengan Tuan RAM, apakah pesanan/kata-kata yang akan disampaikan kepada beliau?

[#KajunAjakSembang] - #kisah10tahun

$
0
0

Salam malam yang indah buat semua RAMians.
Permulaan April yang sangat bagus dan cemerlang Kajun rasakan.
Di sana sini ada program seni, dan buku adalah antara seni terindah juga amat mengesankan.

Permulaan April juga membawa erti yang tersendiri juga buat Kajun.
Sudah sepuluh tahun, Kajun berkelana dari kampung halaman membajak rezeki di tempat orang.
Dan hampir sepuluh tahun jua, April akan menjadi satu bulan yang penting bukan sahaja buat Kajun, malahan kepada semua pencinta juga penggila buku di seluruh Malaysia.
Tidak keterlaluan kalau diibaratkan, kami amat teruja menunggu Hari Lebaran yang diadakan di ibu negara.

Kenapa?

Kerana dalam Aprillah, akan diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).
Pesta yang menghimpunkan jutaan pencandu karya-karya tempatan mahupun antarabangsa.
Dan di pesta ini jugalah yang menemukan Kajun dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) buat kali pertama.
Dan bermula detik itu, PBAKL merupakan event wajib Kajun hadiri serta masa untuk berkampung di PWTC setiap tahun.

Bagi 2017, PBAKL akan diadakan pada 28 April - 7 Mei di PWTC.
Semua peminat buku sangat tidak sabar menunggu tarikh keramat tersebut.
Apatah lagi RAMians kan?
Sebab selain daripada bau buku yang asyik memanggil-manggil, Malam Gala Sedekad RAMFC juga akan diadakan.
Jadi, di mana pula kalian berkampung pada tarikh tersebut?
Kalau tidak ke mana-mana, marilah sertai kami.
Penyertaan dah ditutup, tapi cubalah tanyakan admin RAMFC yang bertugas.
Manalah tahu ada rezeki kalian untuk bersama kami pada ketika itu.

Baiklah, itu sahaja daripada Kajun untuk minggu ini.
Perkongsian tentang #kisah10tahun Kajun yang amat indah dan bererti.
Apa pula #kisah10tahun kalian?

Edisi Terhad Trilogi Tombiruo

$
0
0


Ramlee Awang Murshid Fan Club kini bersedia mengumumkan kehadiran EDISI TERHAD TRILOGI TOMBIRUO.⠀
Edisi ini hadir bersempena 2 Dekad Ramlee Awang Murshid di dalam dunia penulisan. Juga bersempena julung kalinya karya beliau diadaptasi ke filem.⠀
Naskah ini diilhamkan semula dengan ayat-ayat yang pernah anda baca dari novel asal tapi juga dihiasi dengan illustrasi menarik. Ini menjadikan naskah ini perlu dimiliki oleh pengemar sosok watak Tombiruo khasnya. ⠀
Ya harganya mungkin menarik nafas anda, namun RM399 ini hadir dengan⠀
1. Edisi berkulit keras dan didalam kotak istimewa⠀
2. 3 Buku bukan saja disatukan tapi mempunyai 28 helaian tambahan (extended version)⠀
3. Eksklusif biografi Ramlee Awang Murshid⠀
4. Kompilasi ini terdiri daripada novel Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir⠀
5. Nombor siri di setiap buku (Siapa bakal pemegang buku bernombor 1?)⠀
6. Sijil pengesahan dari Grup Buku Karangkraf⠀
Info tambahan:⠀
👉Trilogi Tombiruo berusia hampir 2 dekad sejak naskah pertama berjudul Tombiruo diterbitkan pada tahun 1998.⠀
👉Naskah ini sudah diadaptasi ke filem dan akan menemui penonton tahun ini.⠀
👉Buku trilogi ini mempunyai 1024 muka surat, saiz A4 (21cm x 29.7cm)⠀
👉Cetakan Terhad dan hanya akan dijual atas talian sahaja oleh pengedar sah.⠀
👉Cetakan buku ini dijangka siap Julai 2017.⠀
👉Jika anda tunggu 2018, harganya mungkin sudah menjadi lebih tinggi.⠀
👉Diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf di bawah label Alaf21⠀
. ⠀
dan sekali lagi harganya adalah RM399.00 dan anda boleh menempah naskah ini melalui RAMFC Store dengan tawaran harga yang sama. ⠀
Ya sama, tiada caj tambahan dari kami. Belian emas anda ini akan hadir dengan CENDERAHATI ISTIMEWA hanya dari RAMFC Store.⠀
Masih berkira-kira lagi? Kami memahami anda. ⠀
Jadi kami kini menawarkan SKIM BAYARAN ANSURAN RAMFCStore selama 2 bulan (April & Mei). Jadi jangan tunggu lagi.⠀
Untuk langkah pesanan, sila layari ⠀
http://www.facebook.com/RAMFCStore⠀
http://www.facebook.com/RAMFCStore⠀
http://www.facebook.com/RAMFCStore⠀
Di RAMFC Store, RAMians adalah keutamaan kami. RAMFC Store, Stor untuk RAMians.

[#KajunAjakSembang] - Inilah Masanya!

$
0
0

Selamat malam kepada semua RAMians.
Sedang buat apa tu?
Kajun harap semoga semuanya tenang-tenang aja dan bersedia untuk menghadapi minggu yang mendatang.

Rasanya semua telah sedia maklum akan kemunculan awal dan pratempahan edisi terhad Tombiruo Trilogi.
Seperti yang Kajun kongsikan dengan teman-teman, edisi ini sememangnya membeliakkan sekalian mata seawal kemunculan 'bayang-bayangnya'.

Memetik canangan Kajun bersama teman-teman, mungkin inilah masanya.
Sememangnya, hanya jauhari yang mengenal manikam.
Dulu ramai pernah mengimpikan tulisan Tuan Ramlee Awang Murshid gah setaraf dengan J.K. Rowling.
Malah, tidak kurang juga yang ingin melihat karya beliau diangkat seperti barisan Harry Porter.
Kalau ada yang masih ingat, topik mengangkat Sunan ke peringkat yang lebih tinggi menjadi perbualan hangat yang sering diperkatakan.
Nah, manalah tahu edisi inilah permulaannya!
Dan mungkin, ianya akan menjadi fenomena dalam dunia penulisan Malaysia dan RAMians adalah perintisnya.
Wahhhhhh!

Dalam masa yang sama, kami para RAMbassador amat memahami keadaan ekonomi sekarang.
Itulah sebabnya inisiatif menawarkan bayaran ansuran kepada RAMians diperkenalkan.
Ambillah dan gunakanlah sepenuhnya ruang serta peluang yang diberikan.

Selagi niat masih di landasan, dengan izinNya, segala urusan akan dipermudahkan.
Sama-sama kita doakan.

Dan oh ya!
Ada yang telah membuat bayaran penuh untuk edisi ini.
Memang terjemahan pencinta sejati!
👍👏

Sekian dahulu omelan Kajun di celahan kesibukan ini.
Kajun doakan semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.

Dan, jika teman RAMians sekalian berminat untuk meneruskan tempahan, sila lawati page RAMFC Store ya?
Kajun tunggu di sana!
😉


[#KajunAjakSembang] - Guminazo Zou Diau

$
0
0

Rindunyaaaa!

Salam Ramadan dan selamat malam semua RAMians.
Lamanya Kajun tidak bersama dengan kalian.
Aduhai, rindu memang menyesakkan, namun tugas amat mengekang.
Pabila pilihan harus dibuat, ternyata akan ada pengorbanan yang menjadi taruhan.

06.05.2017
Kajun masih lagi tidak boleh move on dengan tarikh ini.
Apatah lagi apabila terlibat secara langsung, maka segala yang berlaku masih terpapar dan terpampang di tubir mata.

Tentu kalian ada terbaca dan melihat post berkaitan Malam Gala Sedekad RAMFC.
Tidak pula Kajun mahu ulangi segalanya dalam coretan kali ini.
Namun, apa yang Kajun mahu kongsikan bersama semua adalah nukilan indah yang dibacakan oleh Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM).
Sehingga hadirnya sebak bertamu bersama perasaan bangga itu.
Tiap-tiap bait yang dibaca itu, sememangnya sukar untuk diterjemah dengan kata-kata.
Ibarat bertalu-talu diturut sebak itu.

Permulaannya adalah ucapan Pengasas RAMFC, Cikpuan Elle Syeila.
Betapa sepuluh tahun itu bukannya singkat serta mudah.
Betapa sepuluh tahun itu ada jua yang keluar melangkah.
Namun tidak sedikit pula yang rapat menjengah.
Diharapkan atas semangat dan minat yang memegang kuat jiwa-jiwa yang bersatu ini akan kekal selama diizinkan-Nya.

Diikuti pula dengan ucapan penghargaan daripada CEO Kumpulan Media Karangkraf yang turut sudi hadir meluangkan masa beliau bersama.
Sedangkan kehadiran beliau pun sudah membahagiakan hati para RAMians, ditambah pula dengan ucapan yang sememangnya menambahkan kemanisan dalam perasaan tiap yang hadir pada malam itu.
Terima kasih Ybhg Dato' Dr. Hussamuddin Yaacub.
Sekalung penghargaan ikhlas setulus hati daripada kami para RAMians buat Ybhg Dato'.

Dan yang paling istimewa, perutusan khas daripada Tuan RAM.
Tiap yang dituturkan sesungguhnya membuatkan perasaan ini bercampur baur.
Terkadang tersenyum, bergelak ketawa tapi ada juga yang mengundang sebak dan sedih.
Sememangnya Kajun berasa bertuah kerana berpeluang mengenali insan hebat ini.
Terima kasih banyak-banyak Tuan RAM kerana menyatukan kami menjadi satu.
Menjadi satu RAMians.

Kajun rasa ada di kalangan RAMians yang sudah tidak sabar apakah nukilan yang Kajun maksudkan di awal tulisan.
Baiklah, dipersembahkan kepada kalian buat julung kalinya :

Guminavo zou diau..
Aku cinta padamu..
Aku sayang padamu
Daripada : Tuan Ramlee Awang Murshid

Masa tak pernah pulang
Rimba mengasuhku tari guliran waktu
Menggilas lahir..dan kusangka semadi di sini
Angin membangkitkan..alam meraikan
Semangat hutan..rasuk wajah dewa
Bukan berwajah manusia..
Manusiakah aku?

Sepi lingkar tanah ini
Riuh hiruk bahasa orang
Bahasaku sendiri berubah diam
Dalam terpuruk pinggir sekujur jiwa
Namun bahagia memujukku
Nafas rimbun mengusapku..semilir membelaiku
Ibarat tangan-tangan kasar tak terusai
Suara ramah tamah walau garau parau
Bagaikan sang olumis..simpan indahnya di syurga
Renungan mata langit tak pernah sumbang
Melihatku sebagai seorang manusia
Berselindung wajah tak bermanusia

Guminavo zou diau.. Aku cinta padamu.. Aku sayang padamu

Wahai manusia terpencil
Cinta tak pernah kerdil
Aku saksi sebuah perjuangan
Titipan salam dari kejauhan
Berwali temaram suram
Lalu bangkit bagaikan Sunan
Kala purnama umpama suria
Tatkala sinarnya membasuh luka
Selajur malam singkirkan duka
Menzahirkan fitrah gelumang bahana

Guminavo zou diau.. Aku cinta padamu.. Aku sayang padamu

Gapailah tanganku biar tak seindah rupa
Ada paluan rancak dalam hatiku
Sebuah isyarat yang tak mengajakmu menari
Namun menjemputmu merenungkan
Tentang irama rimba yang penuh dengan cinta.

Igauan Maut Cetakan Ke-4

$
0
0
Igauan Maut kini masuk cetakan ke-4. Masih lagi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.



Igauan Maut pernah menjadi Novel Langka sukar dimiliki oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Ini kerana novel ini karya pertama Ramlee Awang Murshid yang diterbitkan pada tahun 1995. Karya ini diterbitkan setelah beliau memenangi Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992.

Hanya pada tahun 2013, novel ini memasuki cetakan ke-2. Ini adalah inisiatif Ramlee Awang Murshid Fan Club yang tidak jemu memohon pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka mencetak semula novel ini. Kini novel ini telah memasuki cetakan ke-4, namun setiap cetakan sangat terhad dan lebih menarik setiap cetakan mempunyai kulit buku (cover) yang berbeza.


Jadi kepada RAMians belum memiliki karya sulung Ramlee Awang Murshid ini, boleh menempah sekarang melalui www.facebook.com/RAMFCStore . RAMFC Store ada menyimpan stok terhad dan jualan pada harga RM25 (termasuk pos seluruh Malaysia).

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan karya ini di:


Kepada mengumpul koleksi karya Ramlee Awang Murshid, jangan lupa dapatkan cetakan ke-4 dengan 'Cover' terbaru. Barulah lengkap koleksi karya RAM anda!!!

Kepada tertanya-tanya novel ini mengisahkan apa? berikut adalah sinopsis novel ini.

Sinopsis Igauan Maut.

Sebuah novel suspen yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusian dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.

Anda juga boleh baca ulasan novel ini pernah dipaparkan di laman ini. Sila klik link berikut:
 


Untuk menempah, jangan lupa layari www.facebook.com/RAMFCStore hari ini. Tempahan dibuka selagi stok masih ada.
 

Akhirnya Tombiruo di Pawagam 12 Oktober 2017

$
0
0

Tayangan Filem Tombiruo telah diumumkan secara rasmi minggu lepas. 

RAMians cukup menviralkan filem ini. Sudah tentu filem ini adalah filem adaptasi paling ditunggu-tunggu. Setelah pelbagai filem dan drama adaptasi  menjadi pilihan ramai.

Poster-poster yang dipaparkan juga setakat ini sangat mengujakan dengan susuk Tombiruo begitu menarik.

Walaupun teruja, RAMians ingin melihat versi filem yang dicanang-canangkan lokanan mantap Zul Ariffin. Zul Ariffin baru saja hit dengan Filem J Revolusi seperti mahu melihat tahun ini milik beliau.

Tidak bagi pengikut Ramlee Awang Murshid yang mahu filem ini diangkat sinonim dengan Penulis Thriller No 1 Malaysia ini. Dengan sokongan padu Kelab Peminat novelis ini, RAMians bakal ke pawagam tempatan menunjukkan tanda sokongan tidak berbelah bahagi.  Bak kata Tombiruo 'Araimaiti'.

RAMFC merencanakan sesuatu untuk RAMians. Jom ramai-ramai ke pawagam 12 Oktober 2017.


Mandotari pula dilayarkan

$
0
0

 


Belum pun sempat Tombiruo hadir di pawagam, produksi Ideate Media dengan yakin melangkah menghasilkan adaptasi seterusnya dari Novel Karya Ramlee Awang Murshid berjudul MANDATORI.

Dengan diterajui oleh Aeril Zafril yang akan membawa watak Norman dan Siti Saleha sebagai Juliana, mampukah mereka melayarkan karya psiko thriller ini dengan jayanya. Aeril Zafril sendiri dari laman instagram cuba menghadam karya ini dengan membaca Naskah Novel Mandatori dan selain sering membuat perjumpaan dengan Novelis Thriller No.1 Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Sungguh mengujakan juga, Aeril Zafril juga dikenali oleh RAMians sendiri sebagai peminat tegar watak Sunan. Beliau akan mengemaskini laman instagramnya setelah selesai membaca mana-mana karya Ramlee Awang Murshid. Beliau juga dilihat pernah menamakan salah satu koleksi jubah dari jenama sendiri dengan nama Sunan.


A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on






A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on





Antara salah satu calon Laksamana Sunan pilihan peminat karya Ramlee Awang Murshid, cabaran Aeril Zafrel untuk memegang watak Norman dilihat lebih mencabar. Ini kerana novel psiko thriller ini mengupas satu watak dengan pelbagai nama dalam satu perjalanan hidup yang mungkin dilalui oleh manusia di luar sana. Tidak pasti jika Aeril Zafrel akan membawa ke semua watakdalam novel ini, paling dikenali ialah Carlos yang akhirnya akan dikenali sebagai Bilal Piut.

Dari maklumat yang kami terima, novel ini hanya akan berada di kaca televisyen bukan di pawagam. Tapi mungkin siarannya berbayar. Mampukan produksi MANDATORI mengilhamkan cerita ini sebaiknya? Sama-sama kita nantikan.

Apa pun, kami di RAMFC mengharapkan satu adaptasi terbaik dan adil bukan sahaja untuk sifat komersial industri seni tapi juga untuk kesamaan dari naskah yang diharapkan oleh para peminat Ramlee Awang Murshid. Yang pasti, kami tidak mahu melihat satu hasil yang hanya melepas batuk di tangga. Jadikan kami para peminat Ramlee Awang Murshid sebagai cabaran kepada produksi untuk menghasilkan karya ini walaupun bukan 100% sama tapi sebaiknya 100% lebih jitu dari adaptasi novel yang lain.


Kami paparkan di sini Sinopsis Novel MANDATORI,


Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. 
Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!
RAMFC pernah mengulas novel ini, sila klik link berikut untuk membaca ulasan dari Budak Hutan.





Kepada belum mendapatkan karya ini, boleh dapatkan melalui www.facebook.com/RAMFCStore .





RAMFC AJAK RAMIANS TONTON TOMBIRUO BERSAMA-SAMA 12 OKTOBER INI!

$
0
0
KELAB PEMINAT NOVELIS THRILLER NO.1 MALAYSIA - RAMLEE AWANG MURSHID FAN CLUB INGIN MENGAJAK AHLINYA MENONTON FILEM TOMBIRUO BERSAMA-SAMA!




TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA - TINGGAL 10 HARI SAJA LAGI SEBELUM MENEMUI ANDA DI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA. JOM TONTON TRAILER FILEM INI?




MENARIK? RUNUT BUNYI FILEM INI BERJUDUL RIBUT HATI JUGA TELAH DILANCARKAN!



BAGAIMANA? TERUJA?

Apalagi, jom tonton sama-sama pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia atau pun menonton bersama RAMFC pada 8.30 malam, juga pada 12 oktober di tempat berikut:






Untuk mendaftar sila hantarkan nama, no telefon dan bilangan tiket ke melalui aplikasi Whatsapp & Facebook messenger dengan klik link berikut:

http://m.me/RAMFC
http://m.me/RAMFC
http://m.me/RAMFC
 
atau WhatsApp

www.wasap.my/60175831601
www.wasap.my/60175831601
www.wasap.my/60175831601

Yuran pendaftaran hanya RM30.00 sahaja! Inilah gathering TERBESAR RAMFC! Mari kita TONTON FILEM DINANTI NANTIKAN INI!

RAMians setakat ini telah penuhkan tempat di GSC Mid Valley & GSC Aeon Bandaraya Melaka! Jadi jom RAMians yang berada di Pulau Pinang, Perak dan Sabah, kita penuhkan pawagam 12 Oktober ini!




Jom ramai-ramai ke pawagam seluruh tanahair pada 12 Oktober ini!

{FILEM TOMBIRUO] - BUKU PRIMA TERBIT DUA EDISI KHAS SEMPENA FILEM TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA

$
0
0
Bersempena dengan Filem Tombiruo, Grup Buku Karangkraf melalui label Buku Prima telah menerbitkan dua buah naskah EDISI TERHAD bersempena Filem Tombiruo.

TOMBIRUO TRILOGI



Naskah pertama adalah koleksi emas untuk peminat setia Ramlee Awang Murshid yang berharga RM399.00 . Buku ini berjudul TOMBIRUO TRILOGI yang mengandungi tiga buah novel dari siri tombiruo yang berjudul TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA, SEMANGAT HUTAN & TOMBIRUO TERAKHIR. Selain mengandungi tiga novel juga terdapat Bab Awal sambungan untuk trilogi ini yang berjudul TOMBIRUO LEGASI. Turut dipaparkan Biodata Penulis. Buku seberat 4 Kg dan bersaiz A4 datang dengan sijil khas serta bernombor siri. Setiap bab mempunyai Ilustrasi menarik.

RAMFC melalui stor kelab peminat ini iaitu RAMFC STORE menawarkan opsyen pembayaran tunai, kredit kad dan ansuran tunai untuk memudahkan pembelian para peminat. Untuk membuat belian sila layari www.facebook.com/RAMFCStore

Setakat ini hanya 100 buah buku sahaja telah dicetak. Jadilah antara pemilik edisi emas ini.


TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA - EDISI KHAS COVER FILEM




Naskah kedua ini pula adalah edisi khas dengan cover filem yang mengandungi novel TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA dan juga 16 muka surat DI SEBALIK TABIR FILEM TOMBIRUO.

Naskah ini hanya dicetak 5,000 ribu naskah sahaja! Dijual sepanjang tayangan Filem Tombiruo.

Untuk menempah sila layari www.facebook.com/RAMFCStore hari ini juga.

[#KajunAjakSembang] - Mandatori Yang Dianiayai

$
0
0

Hai semua RAMians.
Maaflah Kajun sudah lama menyepi, namun sepi Kajun ibarat diam-diam ubi berisi.
Lebih senang menjadi pemerhati.
Namun kali ini, Kajun dan seluruh tim pastinya tidak mampu untuk mendiamkan diri.

MANDATORI.
Pabila menyebut perkataan Mandatori, sudah pastilah ianya berkaitan dengan sesuatu keputusan muktamad yang tidak boleh ditarik balik. Dan dalam novel Mandatori oleh Ramlee Awang Murshid, tajuk itu sendiri merujuk kepada hukuman gantung yang dijatuhkan kepada Tassan, salah satu watak yang menjadi pendokong kepada pembentukan karakter utama naskhah ini. Karya yang diterbitkan pada tahun 2000 ini sudah semestinya telah mengumpulkan peminatnya yang tersendiri.

Sebenarnya perit untuk kuluahkan, namun pabila mengenangkan betapa suatu kepercayaan itu direnggut tanpa sekelumit belas; aku perlu memilih untuk tegakkan apa yang aku rasa. Aku perlu luahkan apa yang dipendam. Angguk bukan tanda setuju, geleng tidak semestinya menidakkan. Dan hey, aku juga tidak memaksa untuk kau melangkah seiring denganku. Terserah dan terpulang, kerna apa jua pasakmu, pastikan kau berlaku adil terhadap pihak yang kau pilih.

Baik, sebelum melangkah lebih jauh, mari aku kongsikan beberapa perkara penting yang tercatat dalam novel Mandatori.

Yang paling utama, watak utama iaitu Norman bukan seorang inspektor polis. Wataknya berubah-ubah mengikut karakter yang dibawa memandangkan dia didiagnos dengan penyakit mental disorder. Norman mempunyai 5 karakter berbeza iaitu Amran (dari kecil sehingga lemas di lautan akibat dipukul ombak), Bogart (yang diselamatkan oleh Bogot dan diasuh untuk menjadi Pahlawan Mundu), Norman (karakter utama beliau dalam keadaan normal dan waras), Carlos (watak pendendam dan pembunuh kejam, motif utamanya adalah ingin menjadi penegak undang-undang dan membuat hukuman sendiri) dan Bilal Piut (watak yang mengembalikan semua karakter kepada fitrah). Dan watak paling dominan yang menjadi tunjang kepada cerita ini adalah Norman dan Carlos.

Permulaan pembentukan karakter Amran bermula dalam persekitaran keluarga yang bahagia dengan adanya bapa Amran iaitu Tassan yang bekerja dengan Datuk Johari, namun mati di tali gantung kerana diperangkap dengan kesalahan menyimpan dadah. Sehingga ke akhir pembacaan, keluarga Amran masih hidup iaitu ibunya Bu Piah, kakaknya iaitu Nurimah dan Hambali, kawan baik Amran yang juga abang iparnya.

Selepas bapanya dijatuhkan hukuman mati, Amran sering dibuli dan dikecam oleh para pelajar lain semasa di bangku sekolah, terutamanya Juliana bersama-sama Kelvin Yap dan Jane Albert. Kemuncaknya, Amran dibuang daripada sekolah kerana menumbuk Kelvin, manakala kakaknya ditukarkan sekolah dan inilah detik mula kepada sifat pendendam Amran untuk membalas segala kejahatan yang dibuat kepada bapanya.

Semasa dewasa pula, watak Norman turut didokong dengan watak Dr Asmah yang sentiasa memberikan sokongan dalam membantu untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapinya. Tidak ketinggalan, watak Kelvin Yap setelah dewasa iaitu seorang pakar forensic, manakala Jane Albert adalah seorang peguam seperti bapanya, Tuan Albert.

Keluarga Datuk Johari pula terdiri daripada Datuk Johari sendiri, Datin Rosmah (ya, ibu Juliana dan Johan wujud sehingga ke akhir novel ya? Malah wataknya juga ‘menghidupkan’ watak kedua-dua anaknya), Juliana, Suffian (menantu curang yang mati dibunuh di tangan Carlos), Sofia (cucu) dan Johan. Hubungan antara Johan dan keluarga mula tercemar sejak dia terlibat dalam dadah yang tanpa disedarinya, didalangi oleh ayahnya sendiri. Tambahan lagi, Johan sering merasakan Juliana adalah anak emas Datuk Johari dan seluruh harta keluarga akan diperturunkan kepada Juliana, dan Juliana pula berfikiran sebaliknya memandangkan Johan sering dipertahankan oleh ibu mereka sendiri, Datin Rosmah (konflik biasa anak orang kaya, kan?).

Selain Datuk Johari, dua orang lain yang terlibat adalah Lim dan Rama Chandran. Rama Chandran mati dibunuh oleh Lim sebab Rama tidak mahu terlibat dengan aktiviti dadah selepas kes Tassan dijatuhi hukuman gantung. Melengkapkan rasa, tema wajib dunia korporat iaitu pengkhianatan “sahabat” Datuk Johari sendiri yang menjatuhkan perniagaan serta kredibiliti ahli perniagaan itu demi wang dan kuasa yang diidamkannya sejak sekian lama.

Pembunuhan demi pembunuhan dilakukan serta dirancang oleh Carlos dalam melunaskan kesumat yang bersarang di dadanya dan juga usahanya untuk menegakkan keadilan dengan caranya yang tersendiri. Ya, tersendiri, namun amat kejam dan tiada pusingan semula untuk memperbaiki kesalahan yang telah dibuat. Dengan tagline Case Closed, tiada sebarang rayuan akan diterima dan tiada yang akan terselamat daripada cengkaman Carlos. Babak paling menarik, sudah tentulah jemputan daripada “Tan Sri Abdullah”.

Mini series Mandatori.

Suatu yang kelihatan mengasyikkan, namun amat menjengkelkan. Itu yang terlintas usai tayangan ditamatkan. Yang mengasak akal dengan pelbagai soalan, yang menyesak jiwa juga rasa tidak berkesudahan.

Aku tahu, apa yang akan aku saksikan akan meranapkan harapanku, tetapi ianya bukan suatu yang boleh dipandang ringan. Walaupun ianya antara bacaan yang sangat menawan dan memikat yang pernah kuhadap sepanjang hidupku, namun itu bagi aku bhai. Tidak semestinya orang lain memandang sudut yang sama.

Namun begitulah, diibaratkan sia-sia menjaring angin, terasa ada tertangkapnya tidak. Sia-siaku mengharapkannya hampir sempurna; usahkan sempurna, malah terpesong jua. Dan aku sedar yang aku bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang cabang seni ini. Yang aku tahu, tengok dan hadam. Aku cuma peminat industri dan pemain yang terlibat di dalamnya.

Aku yang telah lama dahagakan genre sebegini disajikan sebagai santapan mata dan jiwa, sememangnya ternganga dengan segala elemen yang dipertontonkan. Sinematografi dan perjalanan antara babak ke babak yang sememangnya sudah boleh menyaingi pasaran antarabangsa. Lihat sahajalah siapa pengarahnya. Persis menonton siri penyiasatan seperti CSI, NCIS dan Criminal Minds versi tempatan, sememangnya mengundang keterujaan yang bukan sedikit. Aku dah muak dengan cerita kepolisan yang bercakap sesama sendiri pun tahap skema ayam nak kena ada protocol macam report duty kepada ketua sepanjang masa.

Para penulis skripnya pula, ada di antara mereka merupakan penulis novel juga. Dan ya, karya beliau turut diangkat ke layar perak sebelum ini (walaupun menggunakan nama yang lain). Tetapi menurut Wikipedia, hampir 50% isi kandungan novel dimuatkan dalam filem. Peratusan ini boleh diterima memandangkan cerita ini adalah fiksyen dan elemen imaginasi yang tinggi. Sudah pastilah mereka memahami serta menyeimbangkan kehendak pembaca, penonton mahupun pelabur. Takkan kita nak biarkan “anak” kita dicorakkan sesuka hati oleh orang lain pula, kan? Namun alangkah kecewanya aku, bagaimana seorang penulis tega melanyakkan karya penulis yang lain demi mengangkat nama sendiri? Jangan sehingga khalayak membuat perbandingan antara kalian berdua pula dalam bidang penulisan pula nanti.

Pembinaan setiap karakter yang bukan calang-calang oleh para pelakon cerita juga berjaya membuatkanku terpaku, namun sayang seribu kali sayang. Apalah ertinya watak-watak dan karakter yang mendokong “atas nama” sahaja, bukan peranan sebenar ya? Dan sehingga ke paparan TAMAT sekalipun, aku tersenyum namun masih merasa kekosongan.

Lantas, apa yang menjadi kekangannya?

Jalan cerita.

Ya, jalan ceritanya yang jauh menyimpang daripada yang sepatutnya. Pembentukan karakter Amran yang sepatutnya sangat unik dan kompleks, yang menjadi tunjang kepada perkembangan watak-watak yang lain; diolah sebegitu mudah dalam versi layar ini? Itu belum masuk lagi watak-watak lain dan isu-isu yang ditambahkan ke dalam cerita ini.

Diciptakan pula satu negara baru dalam MANDATORI versi layar ini agar segala lontaran idea dan pandangan yang muncul, BUKAN merujuk kepada keadaan semasa Malaysia. Eh, ini sangat bagus kot untuk industry! Menyindir secara sinikal, sangat peka dengan situasi politik terkini yang sememangnya hangat diperkatakan, mengangkat isu “pengawal dunia” secara halus, apalagi yang kalian para peminat inginkan?
Benar, ianya suatu pemikiran yang hebat serta segar. Namun, mengapa harus diambil penceritaan itu mengikut fikiran dan acuan sendiri, lantas menggunakan istilah ADAPTASI?

Kenapa harus diguna nama Ramlee dan nama MANDATORI itu sendiri andai cerita cetusan kalian ini dirasakan mampu kukuh berdiri? Memang betul, berbunga perasaan kami pabila melihatkan nama beliau dipaparkan semasa opening and closing credit. Tapi, apa guna berbunga perasaan itu seandainya hanya nama Ramlee dan watak-watak utama dalam novel itu sahaja yang digunakan?
Sebagai peminat, kami bukan tidak tahu bahawa agak sukar mengikut 100% kesamaan dalam novel, tapi jika pihak produksi mengambil inisiatif untuk memahami keinginan pembaca novel, isu ini tidak akan timbul. Jika ingin memberi contoh antarabangsa, ambillah contoh pengarah Peter Jackson yang masih mahu memenuhi impian pembaca novel trilogy Lord of The Rings. Beliau memastikan team penulis terlibat dalam forum-forum peminat novel tersebut. Memandangkan novelis telah lama mati, Peter Jackson menjadikan para peminat sebagai rujukannya. Walhal dia boleh sahaja membuat mengikut acuan sendiri.

Inilah bahana apabila semua team bukanlah terdiri daripada RAMians yang mempunyai inspirasi kuat daripada novel RAM. Semua team produksi mempunyai cita-cita sendiri dan menggunakan peluang ini untuk melaksanakannya. Tiada sifat hormat kepada karya asal. Dan apabila berkata seperti membuat cerita ini bukan kepada pembaca novel ini. Jadi baik pembaca novel Ramlee Awang Murshid melabur duit untuk dapatkan novel RAM yang seterusnya!.

Andai ini pancingan kalian untuk mendapat penonton awal di kalangan RAMians, mungkin gelengan kepala sahaja yang bakal diterima. Ya mungkin, ini strategi yang bagus dengan menggunakan figura yang telah mempunyai ratusan ribu peminat untuk melanggan mini series tersebut. Dan bukannya aku tidak mengetahui, cerita-cerita yang dipertontonkan di saluran tersebut biasanya ada kumpulan sasarnya tersendiri iaitu peminat kepada pelakonnya. Jika karya kali ini bisa menarik lebih ramai penonton daripada khalayak pembaca, bayangkanlah keuntungan dan sejarah yang bakal tercipta, kan?

Aku tersepit kerana para pemeran dan tulang belakang siri ini adalah mereka yang aku kagumi dalam industry. Dan aku pasti, siapa sahaja yang telah menonton akan bersetuju denganku. Akan tetapi, seperti yang aku tekankan di awal tulisan, aku harus memilih untuk adil. Dan aku yakin, pilihan aku untuk berada di belakang karya Tuan RAM yang telah dibina pada tahun 2000 itu semestinya pilihan yang tepat.

Dan apabila krisis ini membuak dalam diri aku, jiwa aku; otak aku terus menyesak dengan bidalan ini :
Diibaratkan kau ingin memasak rendang warisan nenek moyang, walau mengikut selera kau sendiri; namun resepi asal tetap jua kau kekalkan.
Diibaratkan kau ingin membina sebuah rumah impian, walau semoden dan secanggih mana jua cetusan idea yang diluah; pasaknya tetap kau kekalkan.

Diibaratkan kau ingin menterjemahkan karya orang lain kepada naskhah kau sendiri, walau dalam tahun manapun kau mengangkatnya, jalan ceritanya masih ada mengikut yang asal.

Bagi aku si pembaca naskhah Ramlee Awang Mushid yang marhaen ini, isunya bukan kepada perkataan ADAPTASI mahupun INSPIRASI.
Isunya bukan kepada mutu lakonan para pelakon dan garapan pengarahan yang telah terhasil melalui siri ini.
Bukan, itu bukan isunya.

Isunya lebih kepada integrity dan kredibiliti atas pihak yang terlibat dalam pembikinannya.
Isunya, sejauh mana rasa hormat kalian kepada penulis asalnya, usaha kalian untuk berbincang dengannya kerana kalian bakal berhadapan dengan peminatnya juga.
Itulah yang kami ralat dan kesalkan.
Segala yang digambarkan tidak menjadi kenyataan, malah dimusnahkan dengan cara sedemikian.,

Industri kita ini kecil sahaja, ke kiri ada, ke kanan juga bakal terjumpa.
Apa salahnya makan sama-sama dengan tenang dan bahagia, walaupun bahagian dalam pinggan masing-masing sedikit cuma?
Sebagai manusia, aku sayang padamu. Dan bersuaranya aku, dengan teguranku, sebagai tanda sayangnya aku untuk kalian renungi di masa hadapan.

Ingat, tidak kiralah apa istilah yang kalian gunakan, ianya bukan lagi MANDATORI yang kami kenal dan hadam selama ini.


CORETAN 2017: 10 Tahun RAMFC, Novel & FIlem TOMBIRUO

$
0
0
Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Semua RAMians sedang menghitung jam memasuki tahun baru 2017.

Di RAMFC, kami menutup 2017 dengan protes kepada sebuah karya Ramlee Awang Murshid diadaptasi secara longlai bukan longgar tapi longlai. Dimana rata-rata pembaca novel MANDATORI tahu yang dipaparkan di kaca Televisyen itu hanya mengangkat tajuk dan nama watak saja bukan jalan cerita. Apa pun alasan pihak penerbit yang bagi kami tidak cukup bertanggungjawab menterjemah naskah ini dengan baik. Pendapat kami, bila sudah ada cerita sendiri lebih baiklah mengunakan tajuk lain dari mempergunakan sebuah karya sudah cukup baik bagi pembaca setia karya Ramlee Awang Murshid. Lagipun hakcipta boleh diketepikan jika integriti karya diutamakan. Almaklumlah kita masih di Malaysia bukan di barat yang masih ada sifat hormat menghormati. Jika budaya dan agama diutamakan, sudah tentu hal ini tidak akan terjadi.

Dalam riuh ini, kami ingin membawa RAMians mengimbas kembali warna warni tahun ke-10 Kelab Peminat Novelis Thriller No.1 Malaysia, RAMLEE AWANG MURSHID.

Karya-karya Ramlee Awang Murshid 2017

Ramlee Awang Murshid (RAM) pada tahun ini menghasilkan dua buah novel baru berjudul ANDING AYANGAN & LEGASI TOMBIRUO
.

ANDING AYANGAN menemui pembaca pada Mac 2017 yang membawa kembara baru yang kini ditunggu tunggu sambungannya oleh RAMians. Novel dikatakan menguji pembacaan dan juga diramal bakal menandingi epik Laksamana Sunan.

LEGASI TOMBIRUO pula hadir pada Disember 2017. Ini adalah sambungan trilogi TOMBIRUO yang sebelum ini mempunyai 3 siri berjudul Tombiruo Penunggu RImba, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Hadir atas permintaan dan rententan kejayaan Filem Tombiruo




Selain dua naskah novel baru dari RAM, Grup Buku Karangkraf melalui Buku Prima telah menghasilkan dua Edisi Khas sempena Filem Tombiruo. Edisi Khas pertama yang menimbulkan riuh di media sosial kerana harga hampir  mencecah RM400, edisi ini diberi nama TOMBIRUO TRILOGIyang mengkompilasikan 3 buah novel siri Tombiruo serta bab awal Legasi Tombiruo. Berkulit keras serta mempunyai kotak khas untuk simpanan. Juga mempunyai Illustrasi serta biodata penulis. Hanya ada 300 naskah sahaja di Malaysia & sebuah di Australia. Setiap naskah mempunyai no siri dan didatangkan dengan sijil untuk pemiliknya. Hanya boleh didapatkan secara pra pesanan dan tidak dijual di kedai buku.



Sebuah lagi Edisi Khas adalah Novel Tombiruo Penunggu Rimba yang ditukar kulit bukunya kepada gambar poster Filem Tombiruo. Juga tambahan muka surat  DI SEBALIK TABIR FILEM TOMBIRUO.

Tahun 2017 adalah tahun terbaik Ramlee Awang Murshid, rententan dari kejayaan Filem Tombiruo, ketiga-tiga naskah Tombiruo laku keras dan kini menunggu ulang cetak.


Selain novel di atas, Novel Igauan Maut juga memasuki cetakan ke-4 setelah RAMFC memohon DBP membuat cetakan semula bermula 2013. Karya pertama RAM yang diterbit pada 1995 pada mula menjadi naskah Langka dan pernah dijual beratus ringgit di grup-grup jualan buku terpakai. Menariknya setiap kali cetakan semula, setiap kali juga ia memiliki kulit buku baru. Ini menjadikan setiap cetakan perlu dimiliki oleh peminat setiap RAM.





Tahun Anugerah untuk RAM





Tahun 2017 juga merupakan tahun terbaik buat RAM apabila karya beliau pada 2016 iaitu IMAGINASI menerima dua Anugerah dari dua gergasi toko buku di Malaysia. RAM menerima Best Malay Fiction pada AnugerahMPH Best of 2016. Tempat ketiga bagi kategori Fiksyen pada Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR BHanjuran Popular Bookstore.




Melalui novel IMAGINASI juga RAM menerima Anugerah Novelis Bestseller bagi Kategori Novel Thriller pada Majlis Meet & Makan Grup Buku Karangkraf. Beliau juga menerima Anugerah Novelis Evergreen pada majlis yang sama.

Ulangtahun ke-10 RAMFC






RAMFC pula merayakan ulangtahun ke-10 pada 2017. Kelab ini ditubuhkan pada 2007 telah berjaya mengumpulkan 100,000 peminat tegar RAM melalui laman Facebook Pages RAMFC. Pendukung RAMFC terdiri dari peminat tegar RAM yang telah berada bersama RAMFC dari tahun pertama lagi. Kini mereka dikenali sebagai RAMbassador. Percaya atau tidak, mereka sebagai Admin ini tidak bergaji tapi ada juga disogok dengan pakej percutian sehingga ke Thailand. Itu pun kerana RAMians sudi membuat belian melalui RAMFC Store. Kalau ada bajet kami jalan tapi kalau ada lebih patut diutamakan kami utamakan. Tapi serius, kami tidak makan gaji dengan kelab ini. Jadi harap bersabar kalau admin jawab mesej lambat sebab apa pun mesej buah hati admin kena jawab dulu.

Oleh kerana ini adalah perayaan tahun ke-10, RAMFC telah mengadakan MALAM GALA SEDEKAD RAMFC pada 5 Mei 2017 di Hotel Sani, Kuala Lumpur. Kami mengumpulkan 100 orang peminat RAM seluruh Malaysia pada Malam tersebut dengan hadiah utama EDISI KHAS TOMBIRUO TRILOGI menjadi taruhan. Malam indah tersebut masih segar dalam ingatan kami sehingga hari ini.

Filem Tombiruo
Tahun ini juga tahun ditunggu tunggu RAMians. Boleh dikatakan RAMians telah menunggu 10 tahun juga bagi menunggu Ramlee Awang Murshid merealiasasikan Filem dari adaptasi Novel beliau berjudul TOMBIRUO PENUNGGU RIMBA. Filem melibatkan produksi RAM sendiri iaitu Layar Sunan dikatakan berjaya mengadaptasikan naskah ini ke Layar Perak dengan baik. Walaupun tidak serratus peratus sama tapi jalan cerita, sosok watak masih lagi sama. Lakonan Zul Ariffin yang dilihat berjaya menterjemahkan watak Ejim ke Layar Perak, tidak kurang juga lakonan mantap Datuk Farid Kamil sebagai Amiruddin dan Nabila Huda sebagai Wan Suraya.

RAMFC sekali lagi mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya membawa pembaca novel ke pawagam. RAMFC telah menempah 5 buah pawagam di Sabah, Pulau Pinang, Perak, Melaka & Kuala Lumpur pada hari pertama tayangan Filem ini. Semua kerusi terjual seminggu sebelum tayangan filem ini bermula. Fenomena dicipta oleh kelab peminat buku bukan sesuatu perlu dipandang enteng. Kelab peminat artis pun lebih suka menunggu tiket percuma. Namun penghargaan dan kesungguhan yang ditunjukkan RAMians hanya Allah yang dapat membalasnya.

Tidak terhenti disitu, RAMFC menerima maklumbalas positif dari RAMians yang memuji filem ini. Antara membuat para Admin tergamam apabila ada RAMians bertanya sudah cukup kutipan di pawagam? jika belum mereka akan menonton lagi sehingga kutipan mencapai sasaran. Ada RAMians sudah menonton filem hingga 10 kali sepanjang tayangan filem ini di pawagam. Walaupun tidak cukup menewaskan filem terlaris tahun ini, tempat kedua yang diduduki ini adalah petanda akan ada usaha yang lebih baik akan dipersembahkan oleh RAM kepada peminat pada masa hadapan.

Filem ini melihat RAM sebagai penulis pertama terpaksa turun padang bersama barisan para pelakon untuk mempromosi Filem ini. Walaupun pada awalnya beliau keberatan kerana filem ini tidak menampilkan beliau sebagai pelakon. Tidak dinafikan RAM ada melakonkan satu babak dalam filem ini tapi beliau meminta babak itu dipotong bagi memperkemaskan jalan cerita. Namun suara RAM ada digunakan dalam filem ini untuk proses alih suara watak pembantu bagi beberapa babak.

Filem Tombiruo berjaya mengkutip RM8 Juta sepanjang tayangan di pawagam. Filem ini kini boleh dilanggan di Astro First. Kami mengambil kesempatan ini mengucapkan TERIMA KASIH kepada RAMians ada sokongan PADU anda! Bak kata Amiruddin ‘Aku sudi jadi saudara mu, _________________ (sila isi tempat kosong)’

Suka & duka 2017

Riang ria 2017 yang kami coretkan sebentar tadi hanya sebahagian menjadi warna warni tahun 2017 yang akan melabuhkan tirai sebentar lagi.

Manakala duka yang tidak dikongsi pula biarlah ia lebur menjadi arang bagi membakar semangat. Kami juga berharap kisah plagiat pernah hangat pada awal 2017 tidak akan berulang lagi.

Selain mendoakan kesejahteraan Tuan Ramlee Awang Murshid sekeluarga serta RAMians, marilah sama-sama memanjatkan syukur untuk tahun 2017 atas segala kebaikkan daripadaNya. Kami RAMbassador mengambil kesempatan menyusun jari memohon maaf atas keterlajuran Bahasa atau pun tingkah laku. Kami ini hanyalah manusia biasa. Namun mencuba memberi terbaik kepada anda.

Sambil kita terus meraikan karya terbaru RAM iaitu Legasi Tombiruo dan kami harap anda jmasih menjadi penanti setia bagi karya RAM akan datang berjudul Banja Manggala dan mungkin juga sambungan Anding Ayangan. Manakala jika semua mengikut perancangan, mungkin ada juga sebuah lagi adaptasi dari Novel beliau. Namun tidak tentu lagi akan hadir pada tahun 2018. Apa apa pun, sama-sama kita nantikan.


Bercakap mengenai adaptasi, kami sekali lagi menegaskan, mana-mana pihak sama ada produksi yang mendapat hak untuk menterjemahkan karya RAM ke bentuk visual tidak patut mengambil ringan atau meremehkan soal adaptasi. Melibatkan atau tidak melibatkan RAM. Jika ingin mengkuliah kami mengenai jenis-jenis adaptasi dan mengenai teori perfileman di dunia ini, apakata kita kecilkan skop anda di peringkat negara dulu. Apa pun produk, ketahui pasaran dan sasaran anda. Sokongan bukan untuk dibeli tapi untuh diraih. Walaupun ketika ini ramai mengatakan pepatah Inggeris ini salah tapi ia tidak pernah tidak benar dalam pelbagai situasi, peganglah jika ia dipersembahkan kepada kami - ‘customer always right’.


Sekian, Selamat Tahun Baru 2018!

oleh ELLE SYEILA - Ketua Eksekutif RAMbassador

Topik Minggu Ini – 26/2/18 - Penulis, Macam Mana Nak Survive? (Petikan temuramah Ramlee Awang Murshid di Facebook Sinar Harian pada 23 Februari 2018)

$
0
0
Topik Minggu Ini – 26/2/18

Antara dibincangkan dalam Sesi FB Live Sinar Harian bersama RAMLEE AWANG MURSHID pada 23 Februari (Jumaat) yang lalu.

Sebelum itu tajuk diutarakan ialah *“Penulis, Macam Mana Nak Survive?”



Sosial Media
1. Ramlee Awang Murshid menyifatkan sosial media telah menjadi KEHENDAK untuk memainkan peranan dalam mempromosikan karya beliau pada masa kini selain media arus perdana.
2. Digunakan sebagai platform untuk berhubung dengan para peminat atau dalam ayat beliau sendiri ‘menterjemahkan  diri penulis di sebalik layar’.
3. Beliau juga memetik baris lirik lagu M.Nasir ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’; ‘Lihat dunia dari mata burung Atau lihat dari dalam tempurung’ dan mengatakan kepada penulis untuk melihat pengunaan sosial media dari segi mata helang atau dari bawah tempurung. Bagi beliau pengunaan sosial media telah berubah untuk penulis lebih dikenali dan ‘survive’ dalam industri ini.
4. Penulis perlu bersikap ramah tamah dengan peminat dan mesti dilakukan sepanjang masa. Penulis juga kena ikhlas dan jujur kerana ini adalah tuntutan dalam pekerjaan ini.

Cabaran Penulis Sepenuh Masa
1. Cabaran utama ialah pengurusan Masa.
2. Ramlee Awang Murshid meletakkan sasaran dua buah novel setahun. Setiap hari beliau mensasarkan untuk menulis 2 bab sehari dan setiap bab mempunyai 5 muka surat.
3. Beliau memulakan penulisan di sebelah pagi dan kemudian selepas Zuhur dia akan tidur sebentar kemudian sambung menulis selepas Asar. Di antara itu juga, Ramlee juga digelar Mr. Mama menyelesaikan kerja-kerja rumahtangga seperti membasuh baju dan memasak.
4. Manakala untuk penulisan skrip, beliau hanya akan menulis skrip di pejabat Layar Sunan. Ini adalah antara cara beliau untuk fokus dalam penulisan beliau.
5. Dalam perbincangan ini, Ramlee menyebut terma ‘Qailullah’ – mengikut carian google ‘Qailullah’ adalah tidur selepas dan sebelum solat Zuhur dalam tempoh 10 hingga 40 Minit dengan Niat untuk bangun di malam hari. akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari. Dari segi kesihatan boleh mengelakkan penyakit Jantung. (penambahan oleh Admin)

Buku Digital
1. Bagi pada masa sekarang ada yang suka pada yang naskah digital tapi masih ramai yang naskah fizikal. Terpulang kepada pembaca itu sendiri. Yang penting masih ada keinginan untuk membaca dalam masyarakat.
2. Karya Ramlee Awang Murshid juga ada dijual dalam bentuk digital di aplikasi online eMall yang dibangunkan oleh Grup Buku Karangkraf. Ia boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar anda.

Teknik Menarik Pembaca
1. Antara cara yang baik bagi Ramlee ialah apabila penulis berkongsi sebahagian daripada isi kandungan novel kepada pembaca di laman sosial media, jika ia dapat menarik pembaca barulah novel itu dibukukan.
2. Bagi Ramlee juga usaha Grup Buku Karangkraf mengadakan Jualan Gudang antara cara untuk menarik orang ramai untuk menjadi pembaca tegar dengan mendapatkan bahan bacaan pada harga runtuh sehingga ada buku bernilai nilai seringgit.
3. Namun ini semua kembali sikap masyarakat dan juga faktor ekonomi. Beliau juga menyebut teori ekonomi apabila setiap 10 tahun, Malaysia akan dilanda kegawatan ekonomi dimana ia juga akan menganggu pasaran.
4. Bagi Ramlee sikap membaca ini tidak boleh dipaksa, tapi jika sikap sudah mejadi sifat, kita akan berusaha mendapatkan (bahan bacaan) walau apa pun keadaannya. Kita boleh senang senang memetik Wahyu Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad yang menyentuh perihal kepentingan membaca ini namun akhirnya terpulang kepada individu tersebut untuk sedar akan perkara ini.
5. Menyentuh terma Sikap menjadi sifat ini berlaku apabila kita sering melakukan dimana Ramlee memberi contoh jika suka berjalan dan kita selalu melakukannya, makan berjalan itu sudah menjadi sifat kita. Bagi beliau menulis sifat beliau dan itu sebab beliau tidak melakukan pekerjaan yang lain.

Plagiat
1. Ramlee menyarankan untuk kembali kepada agama. Dia mengingatkan untuk membuat pilihan ‘Antara bangkai atau makanan yang sedap’ mana satu menjadi pilihan kita. Bagi beliau plagiat itu adalah haram, jika berlaku adalah seoleh kita memakan bangkai.
2. Banyak pekerjaan halal boleh dilakukan dan kenapa pilih yang haram?
3. Memohon mereka yang mempunyai niat tidak baik ini untuk memikirkan jika mereka menutup periuk nasi orang bagaimana satu hari nanti orang lain pulak menutup periuk nasi mereka.
4. Beliau menegaskan setiap apa yang kita lakukan akan dipusing kembali kepada kita

Sokongan dari grup pembaca tegar
1. Ramlee menyatakan beliau tidak terfikir untuk mempunyai kelab sendiri. RAMFC hadir dengan sendiri dan segala dilakukan oleh kelab ini secara LilahiTaala tanpa beliau memberi bayaran apa-apa.
2. En Norden yang menemuramah berpendapat perlu ada grup sebegini bagi penulis lain untuk menyemarakkan semula industri buku tanahair.
3. Bagi RAMFC, saranan En Norden adalah sangat baik dan RAMFC menyeru grup grup pernah ada satu ketika dulu untuk bangun semula dan mungkin kepimpinan lama bole serahkan kepada kepimpinan baru dan terus dipantau oleh kepimpinan yang lama. Ini bagi meneruskan kelangsungan grup peminat tersebut. Jangan fikirkan soal keuntungan semata-mata kerana perkara baik, InsyaAllah akan dibalas baik. (tambahan oleh Admin)

Terbit buku sendiri
1. Ramlee merasakan untuk menerbitkan buku sendiri perlu energi kuat dan mempunyai risiko yang tinggi.
2. Jadi beliau lebih gemar jika soal penerbitan diuruskan oleh syarikat penerbitan yang berpengalaman.
3. Namun jika ada penulis ingin melakukannya sendiri, terpulang kepada mereka kerana rezeki di dunia ini luas dan kita bersaing secara sihat.

Kualiti
1. Ramlee mengamit memori ketika mula mula menjadi penulis di Karangkraf, di mana ketika itu karangkraf mahu mengartiskan penulis dan bagi beliau formula berjaya. Tapi penulis tetap harus terus menjaga kualiti karya mereka.

Aspek Ketuhanan
1. Bagi Ramlee ‘Dunia ini luas, kemana saja mahu pergi, pergilah, akhirnya kita kembali kepada Allah S.W.T dan sebagai manusia sentiasa berlawan dengan diri kita mengenai idea kita dapat.
2. Jadi kita kena belajar bersyukur dan antara caranya mengamalkan solat sujud syukur
3. Kita kena tanamkan dalam diri kita bahawa idea/karya ini adalah Allah S.W.T punya bukan kita yang punya. Kita harus bersyukur kepada Allah S.W.T yang kurniakan idea kepada kita.
4. Perasan rendah diri itu penting bagi penulis dan sentiasa memikir bahawa semuanya dengan izin Allah S.W.T
5. Dan Ramlee Awang Murhid memetik hadis  ‘Berdakwahlah walaupun satu ayat’ untuk dijadikan sebagai kunci dalam penulisan.
6. Ramlee menerapkan dalam penulisannya sikap berbuat baik, bersangka baik dan ikhlas dan menekan kerana akhirnya kita semua akan kembali kepada Allah S.W.T
7. Ramlee berkongsi apabila dia mengalami ‘writer block’, beliau mengamalkan solat sunat dua rakaat dan InsyaAllah idea akan datang selepas itu.

Bahasa
1. Cara kita berbahasa adalah cara dimana kita mahu anak kita berbahasa di kemudian hari ini. Anak kita adalah cermin kita serta sebaliknya.
2. Semua orang mahu masuk syurga dan ingatlah kita tulis ada dosa dan pahalanya. Bahasa yang baik akan mendapat ganjaran sebaiknya
3. Ramlee lebih suka mengunakan bahasa berbunga dan bermadah.
4. Beliau berharap semua penulis berfikir ke depan sebelum menulis.

Penutup
1. Penulis perlu mendekati peminat
2. Penulis perlu pelbagai gaya & platform penyampaian penulisan mereka.
3. Penulis perlu berketerampilan
4. Penulis perlu mempunyai displin yang kental dan produktif
5. Bersangka baik pada rezeki yang diberi oleh Allah S.W.T
6. Masyarakat yang akan menghakimi karya kita, kita kena berdoa dan biar ada yang membaca dan menjadikan karya itu disukai ramai
7. Kita suka jada peraturan hidup dan biarkan Allah S.W.T menguruskan yang lain dan kita niat cari rezeki yang halal dan baik, rezeki yang halal itu akan mencukupi segala-galanya
8. Menjadi penulis di Malaysia mungkin tidak sehebat di barat, tapi ada pelbagai kita gunakan mungkin juga menterjemahkan karya ke Bahasa Inggeris.

Info Selingan
1. Buku terbaru berjudul Banja Manggala, InsyaAllah akan berada di pasaran pada PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2018
2. Filem Ungu Karmila sedang dalam peringkat pembikinan skrip.
3. Cameo dalam Filem – Ramlee tidak menidakkan kemungkinan kerana sebenar beliau & anak belau telah lakukan dalam Tombiruo tapi babak itu diminta dipotong kerana dilihat tidak penting dalam filem tersebut. Untuk Filem seterusnya, beliau menimbangkannya dan ikut kesesuaian.
4. Beliau baru menyambung sekuel Tombiruo yang diberi nama Legasi Tombiruo dan telah terbit pada Disember lalu. Ia merupakan sambungan Tombiruo Terakhir. Pada penghujung tahun ini, beliau akan menyambung novel Anding Ayangan pula.
5. Ramlee juga menyatakan beliau pernah menjadi penyampai radio Radio Malaysia Kota Kinabalu sebelum berpindah ke Angkasapuri dan kemudian dia mengampil opsyen bersara awal untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Semua catatatan ini berdasarkan temubual dan juga mengambil soalan dari para peminat.Juga sedikit nota tambahan dari Admin. Semoga catatan ini bermanafaat.

Dan jika anda ingin menambah, boleh tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.

p/s: Catatan ini juga dinaikkan di dalam laman grup Facebook RAMFC - Ramlee Awang Murshid Followers pada Isnin 26 Februari untuk segmen 'Topik Minggu Ini". Video temuramah ini boleh ditonton di laman Facebook Sinar Harian bertarikah 23 Februari 2018.

Viewing all 57 articles
Browse latest View live