Quantcast
Channel: KELABRAM
Viewing all 57 articles
Browse latest View live

Pelancaran Novel Sunan Nanggroe Sang Kembara

$
0
0

Pelancaran Novel

Setelah beribu naskah ‘Hardcover’ ini terjual, pada 26 April 2014 yang lalu dengan rasmi novel ini dilancarkan oleh Dato’ M.Nasir. Terima kasih kepada semua terlibat terutamanya dari Grup Buku Karangkraf & khususnya team Alaf21. Kami paparkan disini Animasi Sunan untuk tontonan semua.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H

RAUDHAH | Novel Terkini Ramlee Awang Murshid

$
0
0
RAUDHAH – banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. Hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik tabir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang sangat menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. 

Sentuhan RAMLEE AWANG MURSHID kali ini banyak bermain dengan ilusi. Saspen, pembohongan dan kekejaman silih berganti sehingga debaran sukar dihentikan. 

SINOPSIS 

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih.

Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.

Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

TEMUJANJI DENGAN RAM @ 16.11.14: Temu Mesra Ramlee Awang Murshid & Aisya Sofea di Nu Sentral, Kuala Lumpur

$
0
0
Belum mendapatkan RAUDHAH? Jika belum, jom bertemu RAM di NU Sentral, Kuala Lumpur pada 16 November 2014 (Ahad) dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Juga jangan lepaskan peluang menemui penulis novel Adam & Hawa yang sudah menjadi siri televisyen popular. Aisya Sofea turut akan bersama untuk mempromosikan novel terbaru beliau berjudul Dialah Cinta Hatiku.

Dapatkan kedua-dua novel sempena Pesta Buku MPH.


Info Tambahan

Untuk info Nu Sentral terletak bersebelahan sahaja dengna KL Sentral. Terdapat jejantas (link bridge) yang menhubungkan KL Sentral & Nu Sentral.

Anda boleh datang mengunakan pelbagai jenis pengangkutan awam seperti Komuter, LRT, Monorail, ERL & Bas Rapid KL. Manakala dari luar kuala lumpur boleh mengakses dari perkhidmatan lain seperti ETS, keretapi ekspress antara negeri mahupun bas eskpress.

Kepada yang berkenderaan sendiri, anda boleh memakir di dalam Pusat Membeli Belah Nu Sentral sendiri untuk kesenangan pihak anda. Sila google atau cari di aplikasi waze anda arah ke 'NU Sentral' untuk peta ke sana.

Jika berkeputusan saat akhir tapi berada di luar bandar, anda boleh menaiki kapal terbang dan seterusnya mengunakan ERL atau mengunakan perkhidmatan Sky Bus yang kedua-dua akan terus ke KL Sentral.

Semoga dapat membantu

Pelancaran Raudhah di One Borneo, Sabah pada 27.12.14 | SABTU

$
0
0


Dari perkhabaran, novel ini akan dilancarakan oleh Tuan Awang Murshid. Mari kenali bapa kepada Novelis Thriller No.1 Malaysia ini dan menjadi saksi kepada hari bersejarah ini.

Jadi jangan lepaskan peluang ini. Semua di jemput hadir.



Lepasan Kelara : LONTARAN SUNAN NAN SAKTI

$
0
0



IOI Mall Puchong-19.09.15, telah berlangsung Lepasan Kelara Lontaran Sunan Nan Sakti bersempena dengan ulangtahun ke-Lapan Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan juga meraikan Siri ke-Lapan, Sunan ~ Cinta Nan Sakti yang bakal terbit tidak lama lagi.( Bila??...Tunggu).

Sambutan yang diberikan sangat diluar jangkaan dan yang  amat mengejutkan pihak kami kerana rata-rata RAMians yang menyertai pertandingan ini bukan calang-calang peserta.

Sebanyak tujuh kumpulan telah bekerja keras untuk memastikan gelaran juara menjadi milik mereka.Berikut senarai kumpulan-kumpulan yang menyertai pertandingan ini:




1)    Sunan Strike

2)    Sunan The Great


3)    Polip Da Divas


4)    Manggala Mengganas


5)    Tao Aii


6)    Turkey Nan Sakti


7)    Split Ratna


Pertandingan yang bermula jam 11.00 pagi dan berakhir sekitar 1.15 petang, akhirnya menobatkan Kumpulan Sunan Strike sebagai Juara dengan jatuhan pin sebanyak 977, Naib Juara dimenangi oleh Kumpulan Sunan The Great dengan jatuhan pin sebanyak 959 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Polip Da Divas dengan jatuhan pin sebanyak 958.

 Johan Berkumpulan

Naib Johan Berkumpulan

Ketiga Berkumpulan


Manakala untuk kategori jatuhan pin terbanyak individu, menobatkan Encik Sharifuddin sebagai juara dengan jatuhan pin sebanyak 314, naib juara Encik Kimi dengan jatuhan pin 310 dan tempat ketiga Cik Ezzaidah dengan jatuhan pin 265.

Johan Individu

Naib Johan Individu

Ketiga Individu


Aktiviti ini diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Ramlee Awang Murshid sekeluarga yang turut serta bermain dan wakil dari Grup Buku karangkraf, Tuan Raja Shahfaizal selaku Pengurus Besar Brand Comm dan Encik Mohd Arif.

Tn Raja Shahfaizal sedang berucap


Penyerahan cenderahati kepada Tn Raja Shahfaizal daripada Kelab RAM


Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan aktiviti ini dan jutaan terima kasih kepada pihak Karangkraf yang telah menyumbang beg cenderahati (novel dan majalah) untuk semua peserta dan juga baucer buku untuk pemenang berkumpulan. Buat RAMians yang mahu mendapatkan buku-buku keluaran Grup Buku Karangkraf bolehlah melayari laman sesawang mall.karangkraf.com.

Terima kasih juga kepada Puan Nor Mazlina dari Preciousdeliverybyus atas sumbangan hamper coklat untuk hadiah kategori individu jatuhan pin terbanyak. RAMians di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur yang mahu mendapatkan perkhidmatan penghantaran bunga dan coklat bolehlah menghubungi Puan Mazlina di Facebook Sempoii Morrok ataupun di Instagram Preciousdeliverybyus.



Sebahagian gambar ketika aktiviti berlangsung. Pelbagai ragam dan gaya dapat dilihat.

























( Kredit gambar : Cikgu Noni)


( Kredit gambar : Tn RJ)


Kami di RAMFC ingin memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang aktiviti ini berlangsung dan semoga kita berjumpa lagi di aktiviti yang lain.


Sekian, terima kasih.



Laporan Oleh : Haslinda Zain
Penyelaras Aktiviti: Haslinda Zain
                                 Noni Zainuddin
                                 Siti Zadatun Naziah Ramli

Emcee   : Noni Zainuddin
Gambar : Suhailah Onn
                           


The RAMbassador - Tim Admin RAMFC

$
0
0


Kami dengan ini mengumumkan secara rasmi perlantikan baru pengurusan Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid/Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) bagi penggal 2017/2018.
Bagi penggal 2017/2018 kami tidak lagi mengikuti sistem pertadbiran sebelum ini. Struktur organisasi telah diubah supaya nampak lebih ke hadapan dan memenuhi hasrat semua RAMians. InsyaAllah.
Justeru itu pentadbiran kelab selepas ini akan dikenali sebagai RAMbassador. Jelas sekali 'bassador'' diambil dari perkataan 'ambassador' yang membawa maksud diplomat yang mewakili sesuatu jenama. Dalam hal ini para admin RAMFC membawa nama novelis Ramlee Awang Murshid dalam menjalankan tugas-tugas bagi mengerakkan kelab ini dengan baik dan teratur. Lalu kami bersepakat mengabungkan perkataan ambassador dan RAMFC menjadi RAMbassador.
RAMbassador terdiri dari barisan Admin-Admin RAMFC yang masih aktif sejak RAMFC ditubuhkan pada tahun 2008. 
RAMbassador terdiri dari:

Ramlee Awang Murshid & Dayang Aminah (Penaung & Penasihat kehormat)
Admin Elle - Noorsyeila Bibi Mohd Din (Ketua Eksekutif RAMbassador)
Admin Sue Onn - Suhailah Onn (Ketua Operasi RAMbassador)
Admin Lynn - Nor Haslinda Mohd Zain (Pengurus RAMbassador)
Admin Sempoii - Normazlina Osman ~ (Pengurus Jualan RAMbassador)
Admin Noni - Noni Haryanty Zainuddin (Pengurus Kewangan RAMbassador)
Admin Hani- Ummu Hani Yahya (Pengurus Acara RAMbassador)
Admin Kajun - Junaidatul Al-Fatiah Elias (Setiausaha & Eksekutif Perhubungan Awam)

Bahagian Teknikal:
Admin Nazi - Siti Zadatun Naziah Ramli
Admin Fir - Muhammad Firdaus Abd Rani
Admin Kay - Khairul Azhar
Admin Dina Din - Noordina Bibi Mohd Din

Bahagian grafik & visual:
Remie Wilson ~ Budak Hutan (jurugrafik rasmi)
Muhammad 'Azim Amran (jurugrafik rasmi)
Muhamad Hadi (jurufoto rasmi)

Jika anda masih mencari-cari ruang untuk berdiskusi dan mendapatkan maklumat terkini mengenai Tuan Ramlee Awang Murshid sila layari link berikut:
Laman Facebook Rasmi:

Laman web rasmi:

Grup Facebook:

Twitter & Instagram: @RAMFC2020

ANDING AYANGAN - Trailer Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid 2017 -

$
0
0


Novel ini bakal menemui anda tahun ini, nantikan karya terbaru Ramlee Awang Murshid ini di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Juga boleh menempah awal di www.facebook.com/RAMFCStore , nantikan pengumuman rasmi dari kami. Teruja? Jom kita nantikan bersama-sama.


[KAY AZHAR MENULIS] - Tahun Baru & RAM

$
0
0
Assalammu'alaikum dan salam sejahtera.
Selamat tahun baru 2017!!
Semestinya hari ini telah menjadi debaran buat semua ramian kerana hari tayangan filem Tombiruo yang dinantikan semakin hampir.
Juga pasti ramai yang baru mengetahui buku terbaru tuan RAM iaitu Anding Ayangan.
Tarikh 1 Januari yang sepatutnya tenang dan gembira buat semua umat manusia terpalit juga dengan sedikit kegemparan dan berita sedih bila mana beberapa negeri telah dilanda hujan lebat dan air pasang, juga sambutan tahun baru di Pandamaran, Klang bertukar tragedi kel apabila bunga api yang dibakar meletup dan memercik ke bawah dan terkena pada segelintir penonton dan mengakibatkan 10 orang cedera. Doa dan harapan kami, anda semua sentiasa berhati-hati, jaga keselamatan dan kesihatan masing-masing dan orang terdekat, sentiasa gembira, dan setia bersama kami di RAMFC.
Selamat maju jaya.
~~~~~~~~~~~~~~
Kay Azhar telah bersama RAMFC hampir 9 Tahun sejak kelab ini ditubuhkan. Memegang pelbagai portfolio dalam RAMFC, kini beliau berkhidmat di bahagian teknikal dalam Team RAMbassador.
Berminat menyumbang artikel berkait dengan novel Tuan Ramlee, Tuan RAM mahupun RAMFC? Emailkan kepada admin.ramfx@gmail.com

[CATATAN IBU PENGASAS] - Kisah Peminat Gila

$
0
0
Tahun baru 2017 menandakan tahun ke 10 bagi sebuah kelab peminat penulis di Malaysia. Sudah tentu ada kelab yang lebih panjang usianya. Tapi untuk kekal relevan mungkin payah. Lebih berkisar kepada sudah tentu Ramlee Awang Murshid, tidak banyak boleh kami banggakan.

Jalan-jalan yang kami harung ada banyak juga ranjaunya. Bermula secara suka suka di sebuah tapak email pukal di Google Group, kami kini lebih gah di Facebook. 97,000, tinggal 3,000 lagi jadilah 100,000. Angkalah menjadi kayu pengukur. Angka itu juga, ada masa menjatuh.

Saya sendiri melalui fasa bertatih, berlari, jatuh, bangun dan kini cuba berlari lagi. Fasa lebih sedih ialah fasa kehilangan. Ada yang menjadi seteru dan ada meneruskan kehidupan masing-masing. Namun mereka semua masih dekat di hati. Syukur, saya masih ingat segala jasa dan pengorbanan rakan-rakan terdahulu. Terutamanya pada waktu susah.

Kini kami sudah bertambah bijak. Kami mengatur segala perjalanan kami dari segala sudut terutamanya kewangan. Ya kewangan, walaupun wang bukan segala-segalanya tapi segala-galanya perlukan wang. Kami menelan segala pahit ketika kami kesempitan, kami ketawa ria bila merasa sedikit kemewahan. Dari meminta-minta, kami belajar mencari dana sendiri. Semuanya bukan untuk mulut kami semata-mata. 

Saya masih ingat kenapa saya ingin membuat grup peminat di google group. Saya baru saja menonton rancangan Oprah Winfrey. Oprah sedang mempromosi buku penulis pilihannya kepada ahli Oprah Book Club. Saya ke website tokoh televisyen ini, melihat ahli berdiskusi. Kemudian mencari kelab peminat novel-novel Inggeris. Kemudian mencari-cari kelab peminat buku di Malaysia. Tapi khusus untuk penulis jarang ditemui. Ketika itu saya sudah menggilai karya Ramlee Awang Murshid, payah benar ketika itu mencari rakan sekepala. Majoriti lebih menggilai novel cinta. Ya dulu pasaran dikuasai novel cinta, sekarang pun cuma kini sudah ada pelbagai genre.



Sungguh tidak percaya, dewasa ini begitu ramai peminat beliau. Pelbagai ragam dan dari pelbagai negara. Ada juga kami ragui kesetiaan itu lebih- lebih lagi kalau kerjanya menjual buku beliau dengan harga tinggi. Ada juga yang cuba jadi lebih handal mengatakan meminati beliau terlebih lama dari kami. Ya mungkin benar tapi adakah cinta itu (metafora ya) terlebih dalam sehingga begini. Adakah gila tu sehingga nyawa hampir melayang ketika pulang dari UPSI. Atau pun gigih datang dari Seremban kerana ingin menjadi hero tidak berbayar di MPH lalu dilanggar lori. Lebih tidak waras memandu saban bulan ke Kota Besi ini dari bumi Segamat. Mampukah jadi begitu? 

Tiada apa yang salah menjadi peminat biasa yang tidak kurang setianya. Kita terus saling hormat menghormati tanpa mempersoalkan satu sama lain. Usaha kecil kami hanya ingin memudahkan hampir ratusan ribu rakan-rakan yang sama-sama meminati Ramlee Awang Murshid untuk mendapat info terkini mengenai beliau. Dibawah satu bumbung tidak beratap.

Salam 2017, ini adalah tahun ke 10 kelab peminat novelis kesayangan anda. Terima kasih atas 10 tahun bersama-sama kami.

01 Januari 2017
Palace of Golden Horses

[#KajunAjakSembang] - Fikir Sebelum Kongsi!

$
0
0
Salam hujung minggu buat semua RAMians.

Tugasan Kajun minggu ini agak berat serta serius , tapi sangat penting sebagai peringatan bersama.


Baru seminggu kita menjejak ke tahun 2017, namun telah terasa bahang kepanasan dalam industri perbukuan kita dek satu isu yang bukan kecil impaknya.


Isu plagiat dan muat naik sesuatu karya dalam media maya tanpa izin penulisnya. Kajun bukanlah sesiapa dalam industri ini. Seperti kalian, Kajun juga adalah pembaca yang sentiasa menagih serta mengharapkan bahan bacaan terbaik daripada setiap penulis tanpa mengira apa jua genre yang dibawa.

Jika kita temui tulisan yang kena dengan jiwa, tiada istilah berkira atas setiap sen yang dibelanjakan. Namun demikian, apabila kita dapati sesebuah karya itu adalah bagus, janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan menyebarkannya melalui medan maya secara berleluasa. Apa yang lebih parah, kita tidak memberi kredit langsung kepada penulis asal, tetapi mendapat banyak respons positif, "likes" malah keuntungan atas 'tulisan palsu' kita itu.

Ya, mungkin kita ingin menjadi yang pertama berkongsi dengan kawan-kawan. Ataupun, niat kita sekadar untuk membantu sahabat yang hadapi kesukaran untuk dapatkan buku tersebut. Ada juga yang berkongsi sebab tak dapat menahan keterujaan yang menggunung. Atau apa juga alasan yang kita sahaja mengetahuinya.

Namun beringatlah. Sebelum lakukan sesuatu perkara, adalah penting untuk kita fikirkan kesan daripada perbuatan kita itu. Jika kita adalah seorang penyokong seseorang penulis mahupun industri perbukuan ini, adakah kita sanggup meranapkannya dengan tindakan 'kecil' kita itu?

Bayangkan, berapa kerugian yang terpaksa mereka hadapi atas satu klik yang kita buat?

Berbaloikah segala usaha kuat, penat lelah, serta titisan peluh dan air mata mereka dengan kesudahan akibat daripada keterujaan kita itu?

Sama-sama kita fikirkan ya?

Dan mari sama-sama kita doakan juga, semoga semua penulis termasuk kesayangan kita, Tuan Ramlee Awang Murshid dilindungi serta dijauhkan daripada anasir-anasir perosak sebegini.

Semoga bermanfaat buat semua.


Ditulis oleh: Kajun

---------------------------------
Ruangan 'Kajun Ajak Sembang' bermula di laman sosial RAMFC di Instagram dan Facebook pada bulan November 2016. Catatan menarik dari Junaidatul Al-Fatiah Elias atau mahu dikenali sebagai Kajun menarik RAMians yang ingin turut serta dalam perbincangan. Bersiaran setiap hujung minggu, mulai Januari 2017 akan terbit di laman rasmi RAMFC sebelum dikongsi di sosial media. Selamat berhujung minggu untuk RAMians.

[FILEM TOMBIRUO] - Sidang Media Filem Tombiruo

$
0
0


Admin belum sempat berkongsi cerita mengenai sidang media Filem Tombiruo yang diadakan pada 19 Ogos 2016 di The Roof Bandar Utama. Namun video liputan kami sudah siap, jadi kami mengambil peluang ini untuk memaparkannya untuk tontonan umum.

 


Video dirakam oleh jurufoto RAMFC, Muhamad Hadi dan para pelakon ditemuramah oleh admin RAMFC Noni Zainuddin.

Berikut ada siaran media dari pihak penganjur.

 
‘PENANTIAN TOMBIRUO KE LAYAR PERAK BERAKHIR!‘
 
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2016 – Kebelakangan ini banyak filem tempatan berjaya membuka mata penonton sekaligus mengembalikan kepercayaan khalayak ramai terhadap industri perfileman tempatan. Malah, kejayaan itu turut menyuntik semangat kepada penggiat seni untuk berani menghasilkan pelbagai genre filem agar penonton tidak dimomokkan dengan hanya satu konsep cerita yang mendatar.

Mengorak selangkah lagi dalam cabang industri, sebuah filem bertajuk Tombiruo yang merupakan adaptasi karya novelis thriller terkenal dan prolifik tanah air, Ramlee Awang Murshid, ‘Tombiruo : Penunggu Rimba’, bakal diangkat ke layar perak dengan terbitan yang menggabungkan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Projek ini merupakan kali pertama keempat-empat syarikat ini menjalinkan kerjasama untuk sebuah filem.

Menurut Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, yang juga merangkap selaku agensi pengedar dan pemasaran bagi filem ini, “Tombiruo menyaksikan sebuah filem yang sarat dengan aksi, elemen kekeluargaan serta memaparkan flora dan fauna yang terdapat di Malaysia yang jarang dipaparkan di dalam filem tempatan. Selain itu, filem ini disokong oleh tenaga produksi yang berpengalaman luas dalam pembikinan filem dari dalam dan luar negara serta barisan pelakon handalan tanah air yang diakui mampu menjiwai pelbagai watak. Kami percaya kombinasi ini mampu menjanjikan filem ini akan mempunyai identiti uniknya tersendiri. Kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan produksi Layar Sunan untuk menjayakan filem Tombiruo ini. Kami sudah bersedia membuat percaturan dalam merangka promosi bagi filem ini agar ia mampu membuat peminat dan penonton teruja. Astro Shaw berharap kerjasama seumpama ini dapat diteruskan menerusi projek-projek lain di masa akan datang.”

Filem yang berlatar belakangkan negeri Di Bawah Bayu ini yang telah memulakan pengambaran pada 31 Julai 2016 di sekitar Lembah Klang dan Sabah. Bagi menghidupkan lagi suasana dan menjadikan filem ini lebih simbolik, Tombiruo telah melalui persediaan yang menakjubkan, antaranya set lokasi yang mengetengahkan keindahan alam semula jadi di Malaysia dan prop seperti topeng dan kostum yang telah direka khas.

Sesuatu yang amat menarik tentang filem ini, ia menampilkan dua orang pengarah iaitu Nasir Jani yang cukup terkenal sebelum ini menerusi filem Kembara Seniman Jalanan dan Rozana Cinta 87, serta pengarah Seth Larney yang pernah terlibat dalam filem Hollywood seperti The Matrix Reloaded, The Matrix Revolutions, Star Wars: Revenge of the Sith, X-Men Origins: Wolverine, Superman Returns dan The Chronicles of Narnia: Voyage of the Dawn Treader. Pengarah Nasir Jani akan memberi sentuhan teliti pada elemen drama dan penataan seni. Sementara itu pengarah Seth Larney akan memberi tumpuan pada babak aksi dan kesan khas.

Manakala pelakon terkenal dan berbakat besar iaitu Zul Ariffin Farid Kamil, dan Nabila Huda pula telah dipilih untuk menggerakkan watak utama dalam Tombiruo hasil perbincangan keempat-empat syarikat.
Pembikinan filem ini merupakan projek pertama Ideate Media sepanjang penubuhannya yang melibatkan penerbitan filem tempatan. Sebagai sebuah syarikat yang mementingkan kualiti dan mempunyai latar belakang pengalaman bekerjasama dengan produksi antarabangsa dari Amerika, Australia dan seluruh rangkaian Asia Tenggara, Ideate Media berharap dapat menghasilkan sebuah filem tempatan yang unggul dengan gabungan jalan cerita dan kualiti produksi yang tinggi bagi memberi kepuasaan kepada penonton.
Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media, Zainir Aminullah menyatakan bahawa, “Sebagai sebuah syarikat yang bermatlamat untuk menembusi pasaran antarabangsa, kami sentiasa komited dalam mencari karya-karya yang mempunyai potensi untuk dikembangkan ke pelbagai medium komersial termasuklah di peringkat antarabangsa dan sebagai contoh projek yang telah kami jalankan seperti Sydney Sailboat and Dirk Gently. Bercakap tentang karya Tombiruo, kami merasakan karya ini mempunyai kekuatan dari sudut jalan cerita dan keunikan dari sudut kombinasi aksi, watak yang dramatik dan kualiti produksi. Sementara itu, kerjasama bersama Astro Shaw dan Grup Buku Karangkraf juga membenarkan kami untuk tampil dengan rangka pemasaran yang strategik bagi memperkenalkan Tombiruo lagi-lagi buat kelompok peminat generasi baru. Kami berharap dapat terlibat dalam menjayakan banyak lagi projek adaptasi sebegini di masa akan datang untuk dihidangkan kepada penonton di Malaysia dan luar negara.”

Jika sebelum ini penonton sering dihidangkan dengan filem adaptasi dari novel yang bergenre cinta sahaja, istimewanya filem Tombiruo ini kerana ia merupakan karya genre thriller pertama terbitan Grup Buku Karangkraf yang diadaptasi ke layar perak. Novel-novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid yang telah diterbitkan semenjak tahun 1998 sehingga kini telah terjual melebihi 1.2 juta naskah dan masih dicetak sehingga kini. Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin menjelaskan bahawa, “Ramlee Awang Murshid merupakan novelis thriller nombor satu di Malaysia dan novel Tombiruo adalah salah satu hasil penulisan beiau. Novel Tombiruo juga adalah novel best seller dan novel tersebut menampilkan banyak elemen-elemen unik serta aksi yang jarang dipaparkan di dalam novel thriller yang lain. Jadi filem ini wajib ditonton oleh rakyat Malaysia”.

Menurut novelis Tombiruo: Penunggu Rimba dan selaku wakil produksi Layar Sunan, Ramlee Awang Murshid berkata, “Saya berasa teruja kerana akhirnya karya saya, Tombiruo: Penunggu Rimba akhirnya diangkat ke layar perak. Sebelum ini memang ada lamaran mahu novel saya difilemkan, tetapi saya tolak kerana saya cerewet dalam membenarkan karya saya diolah. Tetapi apabila pihak penerbit filem, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf mengusulkan projek ini, saya bersetuju untuk bekerjasama bersama mereka dalam menjayakan filem ini kerana setiap penerbit mempunyai profil latar belakang yang utuh dan mereka komited dalam memastikan karya ini diolah dengan baik dan mendapat persetujuan bersama untuk membina jalan cerita yang berkesan.”

Filem Tombiruo kini masih lagi dalam sesi pengambaran dan di jangka bakal menemui para penonton pada tahun 2017 nanti. 

[#KajunAjakSembang] - Penghargaan dan Terima Kasih

$
0
0
SeMANGAT pagi semua RAMians!!!
😉😉😉😉

Kajun sedang mengopi sambil menghadam beberapa perkara yang telah dibincangkan bersama-sama RAMbassador bagi merancakkan lagi tahun 2017.
Haaa, macam banyak bunyinya tu kan?
Sabar, sabarrr....
Nanti akan dihebahkan satu persatu dalam page ini dari masa ke masa.
Yang paling penting, sokongan kalian yang tidak berbelah bahagi itulah bakal memungkinkan segalanya.

Bercakap tentang sokongan, tidak lari tidak, ianya akan berkait juga dengan setia.
Pada kebiasaannya, keduanya akan berjalan seiringan.
Ibarat kasih dan sayang.
Walau mungkin kita tidak sentiasa di sisi seseorang itu, namun setia itu tetap ada.
Apatah lagi sokongan, sentiasa kita akan cuba luah dan berikan walau dari kejauhan.

Jadi dengan sokongan kalian para RAMians seramai 97,519 'likers' dalam page FB ini, 7934 followers di Instagram serta rakan-rakan di luar sana sudah pastinya akan menguatkan semangat Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) sendiri untuk terus berkarya dan menukilkan naskhah yang indah lagi bermanfaat buat kita semua.

Kajun mewakili RAMbassador ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih buat kalian atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Tuan RAM.
Kerana Kajun selamanya yakin, sokongan yang ikhlas itu ibarat percaya, dan percaya itu pasti akan dengan diselangi doa yang baik-baik dan indah.
Apa yang permulaannya indah dan baik, pasti menghasilkan sesuatu yang seperti itu juga malah lebih bagus lagi.

Oh mesti ada yang bertanya, RAMbassador ini apa ya?
Kami para RAMbassador bertindak sebagai perantara antara Tuan RAM dan RAMians, juga sebagai pemudahcara dalam urusan yang melibatkan kedua-dua pihak.
Tapi kami pun RAMians juga tau?
Jadi, kita ini sama sahaja.
Kita semua adalah peminat Tuan RAM yang akan sentiasa berdiri gah menyokong beliau dalam apa jua keadaan selama mana yang diizinkanNya.

Selamat berhujung minggu buat RAMians.
Sebagai manusia, Kajun sayang kalian semua!

**Gambar semasa Program Lepasan Kelara di Tanjung Bungah yang lepas**
#sebagaimanusiaakusayangpadamu
#iamramians
#kajunajaksembang
#kajunnakkongsi

[#KajunAjakSembang] - Keharmonian Sesama Insan

$
0
0

Selamat sejahtera buat RAMians semua.
Kajun kembali bersiaran minggu ini sebab minggu lepas banyak undangan yang perlu dipenuhi.
Maaf sangat tau.

Rasanya masih belum terlambat untuk Kajun ucapkan "Xin Nian Kuai Le, Wan Shi Ru Yi" kepada semua RAMians yang menyambutnya.
Semoga Tahun Ayam ini membawa lebih banyak "ong" dan "xingfu" buat kita semua.

Kajun dan keluarga juga tidak melepaskan peluang untuk beraya ke rumah kenalan kami yang berbangsa Cina.
Meriah sungguh dengan makanan, dekorasi dan semestinya Ang Powwww!
Hahahaha.

Syukur, keharmonian serta  keindahan berukhwah ini masih terjaga.
Betapa bahagianya perasaan apabila kita masih bisa melangkah ke rumah kenalan dan dilayan seperti saudara sendiri.
Semoga segala yang dikecapi sekarang kekal sejahtera dan damai hendaknya.

Baiklah, mesti kalian ada terbaca kan promo awal Malam Gala Sedekad RAMFC?
Kajun amat teruja untuk berjumpa dengan sahabat sejiwa semua.
Walaupun tempoh Kajun bersama RAMFC belum mencecah 10 Tahun, namun perhubungan yang terbina antara kita ibarat sudah mengenali sejak sekian lama.
Ibarat sebuah keluarga besar yang  bernaung di bawah teduhan yang sama.

Ayuh, kita jumpa di majlis tu nanti.
Siang kita berpesta dengan lautan buku.
Malamnya, kita berkenal bersua muka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi admin yang bertugas ya?

Sudikah kalian menerima tawaranku?

#sebagaimanusiaakusayangpadamu
#iamramians
#kajunajaksembang
#kajunnakkongsi

[#KajunAjakSembang] - Edisi Terawal Yang Istimewa

$
0
0

Selamat sejahtera para RAMians yang Kajun sangat kasihi.
Sedar tak sedar, kita sudah menjejak minggu kedua bulan Februari.
Dan Kajun pasti ramai antara kalian yang dah baca post-post sebelum ini yang berkisar tentang buah tangan terbaru Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM), Anding Ayangan yang bakal menemui kita semua tidak lama lagi.

Teruja tak tengok 'cover' Anding Ayangan?
Gempak sangat kan?
Kajun sampai tergamam sangat masa mula-mula terbaca maklumat 'pre-order' daripada Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) dan RAMFC Store.
Dan makin membuak-buak perasaan tak sabar tu sebab kita dah didedahkan dengan 'teaser' Anding Ayangan sebelum ini.

Haaaa, kalau kalian nak tahu, post malam ini amat istimewa.
Kenapa?
Kalau nak tahu, silalah tatap gambar di bawah...........

Jadi, kalian dah buat tempahan ke belum?
Banyak betul tawaran istimewa kali ini, lagi-lagi tanda tangan Tuan RAM dan 'button badge' tu.
Sebagai RAMFC 'collector's merchandise' yang berjaya, sudah pastinya tawaran itu takkan Kajun lepaskan.

Ayuh RAMians, sama-sama kita menjadi pemilik edisi terawal Anding Ayangan!


Sinopsis Anding Ayangan & Pre Order di RAMFC Store

$
0
0



Sinopsis
Cinta Kurniaan ILAHI... Tiada Berbentuk Tapi Suci Sifatnya...

NYIAN ditemui hanyut di Sungai Papar 10 tahun lalu. Dia mengalami amnesia. Lupa dari mana asal-usulnya. Nyian menjadi nelayan dalam tempoh tersebut. Selepas10 tahun... dia mulai galak bercerita tentang sebuah dongeng yang dikenali sebagai Anding Ayangan. 

Ramai yang tidak mengetahui, tatkala Nyian bercerita... dongengnya menjadi hidup di sebuah dunia yang terhijab dengan dunia nyata. Peperangan berlaku di dunia dongeng. Kerajaan Ayangan gagal menawan Anding sejak 200 tahun lampau. 

Persengketaan yang berteraskan kepercayaan dan politik berlanjutan sehingga salah satu hancur. Dalam peperangan muncul pelbagai kisah yang hidup dengan pelbagai ‘rupa’ manusia. Dalam banyak ‘wajah’ terbit pula sebuah percintaan antara dua pihak. Percintaan yang bertambah menyemarakkan marah dan dendam. Percintaan yang bermaharkan kematian. 

Dalam kerancakan perkelahian... terpinggir sebuah tanah tengah di lautan. Tanah bergelar Pulau Chermin. Didiami raja tanpa jelata. Enggan mencampuri urusan peperangan namun terikat sumpah kalimah mempertahankan Anding dari arah lautan. Sumpah yang diikat seorang ulama berasal dari negara Brunei Darussalam.

Nantikan kemunculannya...


Pre-Order Anding Ayangan

Pre Order Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid melalui RAMFC sehingga 20 Februari. Layari pages RAMFC Store di link berikut:


Novel akan didatangkan dengan:

  • Button Badge'Sedekad RAMFC' edisi terhad. Tidak boleh didapati dimana-mana kedai buku.
  • Sticker pengesahan'Cetakan Pertama', juga tidak boleh didapati di mana-mana kedai buku.
  • Tandatangan penulis yang boleh anda dapatkan sendiri jika anda gigih pergi sesi temu mesra. Kalau tidak gigih, beginilah caranya.


Jadilah antara yang RAMians yang paling 'Rare' di Malaysia yang bukan saja ada buku terbaru tapi juga barangan premium terbaik dari RAMFC.

Harga pesanan melalui RAMFC adalah seperti berikut:




Cara memesan Novel 'Anding Ayangan' di RAMFC Store mudah saja:

1. Mula-mula bayaran di salah satu akaun berikut:

A) Pembayaran terus ke akaun bank:

     MAYBANK Normazlina Osman 112080900234
     CIMB Noorsyeila Bibi - 7003429258

    Slip bayaran (sila lampirkan/attach dalam mesej)

B) Pembayaran mengunakan kredit/debit kad atau bayaran mengunakan transaksi dari bank lain selain Maybank & CIMB

Untuk kali, kami memperkenalkan opsyen pembayaran mengunakan kad debit/kredit serta pembayaran dari akaun bank yang lain di Malaysia. Namun opsyen ini akan dikenakan tambahan RM1.50 bagi setiap kuantiti buku untuk menampung caj transaksi. Sila klik link berikut jika ingin meneruskan bayaran mengunakan opsyen ini:



Lampirkan screenshot atau email yang diterima dari senangpay ke dalam mesej anda kepada RAMFC Store. Pengesahan bayaran tetap akan dilakukan melalui RAMFC Store. Harap maklum.

2. Hantarkan maklumat berikut (PM/Mesej) ke Facebook pages RAMFC Store
       
       Nama penuh:
       Alamat:
       No Telefon:
       Kuantiti:
       Lampirkan slip bayaran.


Jangan lupa simpan slip bayaran. Bayaran mesti sama dengan jumlah pesanan.
Kemudian tunggu admin sahkan pesanan dalam tempoh 48 jam. Dan dah sah, kena tunggu buku siap print dan tandatangan, barulah admin post. Harap semua berjalan lancar.

Boleh juga email ke admin.ramfc@gmail.com

Harap maklum.

Tempahlah sekarang di RAMFC STORE!

[#KajunAjakSembang] - Indah Diri Jua Peribadi

$
0
0

Morning RAMians!
Wah, bersemangat ya Kajun tengok gambar-gambar yang dikongsi teman-teman admin dalam FB dan IG.
Bukan setakat dengan Anding Ayangan dan Malam Gala Sedekad RAMFC, terbuntang kejap mata tengok Tuan Ramlee Awang Murshid (Tuan RAM) bergambar dengan pelakon kegemaran Kajun.

Wahhhh, kan bestnya kalau beliau pun hadir ke Malam Gala Sedekad RAMFC nanti kan?
Mesti memori telefon Kajun penuh je nanti.
Eh, berangan itu percuma ya adik?
😉😉😉😉

Seingat Kajun kan, sudah banyak kali juga nama beliau dan beberapa pelakon lain disebut-sebut sebelum ini seandainya cerita Sunan difilemkan.
Eh, tenang tenang.
Kajun bukan cuba 'create the scene' tau?
😅😅😅😅
Cuma teringat semula topik yang sememangnya hangat dan paling gemar dibincangkan sesama RAMians.
Dan anganan masing-masing walaupun berbeza, tapi bukan calang-calang hebatnya ya?
Kajun pun ada beberapa nama dalam senarai Kajun yang punya tarikannya yang tersendiri.

Namun begitulah seadanya fitrah kita.
Setiap daripada kita pasti inginkan yang terbaik untuk watak Sunan yang indah itu.
Indah luaran, apatah lagi dalamannya.
Impikan sesiapa yang memegang watak itu, juga perlu berperibadi sebegitu.

Bagi Kajun, watak Sunan adalah suatu fantasi yang berjaya 'dihidupkan' oleh Tuan RAM.
Ramai antara kita yang terkesan dengan sahsiah dan tingkah Sunan.
Sehinggakan kita seakan terpesona walau hanya membaca naskhah itu.

Namun, betapa sempurna macam manapun Sunan di mata kita, 'Sunan' tetap satu watak khayalan yang indah.
Kena sedar bahawa ia tidak wujud sama sekali.

Akan tetapi, tiada salahnya andai segala keperibadian hebat Sunan kita terapkan dalam diri sendiri.
Tiada salahnya andai kita jadikan tingkah Sunan menangani 'kehidupannya' secara berhikmah sebagai panduan dalam urusan seharian kita.

Kerana, Sunan adalah fantasi.
Tetapi, kita adalah realiti.
Dan kita yang akan meneruskan hidup ini sehingga suatu masa yang ditentukanNya.
Dan terpulang kepada kita untuk mencorakkannya dengan seni yang indah, mahupun sebaliknya.
Benar, kita memang tidak dan mustahil akan sempurna.
Tetapi kita boleh cuba untuk menjadi yang terbaik, sekurang-kurangnya demi diri kita sendiri.

Kajun doakan, semoga setiap RAMians punya keperibadian indah yang mengesankan dan akan membawa manfaat kepada insan sekeliling kita, dengan izinNya.
Selamat berhujung minggu!

MALAM GALA SEDEKAD RAMFC - 6 MEI 2017

$
0
0

Dalam kerancakan kita mengejar Anding Ayangan ~ Sudikah kalian menerima tawaran kita ke MALAM GALA SEDEKAD RAMFC ???

Malam Gemilang untuk RAMian semua raikan bersama-sama kerana minat yang sama. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Nak tahu APA??? Kenalah DATANG baru tahu.

Tn. Ramlee Awang Murshid ada ke?
Eh eh..mestilah ADA, malam untuk raikan RAMian kan. 😎😎 Tempat adalah terhad. 



Pendaftaran : RM 85 (early bird) - 28 Februari 2017
                       : RM 100 (normal) 

Bayaran terus ke akaun bank berikut : 

MAYBANK 156114174044
Nor haslinda Mohd Zain 

ATAU bayaran mengunakankan kredit/debit kad atau transaksi dari bank lain dengan klik link berikut:

https://app.senangpay.my/payment/148727221134

(Caj 3% dikenakan untuk transaksi melalui SenangPay)

Kemudian hantar Mesej ke inbox pages RAMFC dengan maklumat berikut:

Nama:
No Telefon:
Bilangan Orang:

Untuk info lanjut boleh PM Admin di Pages RAMFC [http://m.me/RAMFC]

Mencari Penaja - MALAM GALA SEDEKAD RAMFC

$
0
0


Peluang menjadi penaja Malam Gala Sedekad RAMFC.

Anda mencari ruang pengiklanan dan publisiti. Buat julung kalinya RAMFC akan mengadakan satu majlis yang besar! Dan kami mencari penaja yang berminat menaja majlis kami.

Penajaan boleh datang dalam bentuk kewangan dan barangan untuk hadiah cabutan bertuah atau pun untuk 'goodies bag' untuk majlis itu nanti. Ataupun anda juga boleh menaja dalam bentuk sokongan majlis seperti menyediakan khidmat fotografi, perhiasan majlis dan apa saja boleh membantu memeriahkan lagi Majlis ini.

Sebagai timbal balik, kami akan mengiklankan perkhidmatan dan produk anda di laman-laman kami seperti berikut:

Laman Web
www.kelabram.com

Pages Facebook
Nama laman: Ramlee Awang Murshid Fan Club
Link Laman: www.facebook.com/RAMFC
Jumlah Pengikut: 98,000 likes

Grup Facebook

  1. 1)  Nama laman : Ramlee Awang Murshid Books Club
    Link laman:
    https://www.facebook.com/groups/ramfc/ Jumlah pengikut: 9,200

  2. 2)  Nama laman : Ramlee Awang Murshid Followers
    Link laman:
    https://www.facebook.com/groups/ramfcfollowers/ Jumlah pengikut: 5,500

Instagram

1) Nama laman : @RAMFC2020
Link laman:
https://www.instagram.com/ramfc2020 Jumlah pengikut: 8,000

Twitter

1) Nama laman : @RAMFC2020
Link laman:
https://www.twitter.com/ramfc2020 Jumlah pengikut: 2,235 

Kesemua ruang iklan di laman-laman ini akan diberi berdasarkan jumlah tajaan yang diterima.

Selain itu, senarai penaja akan dicetak didalam poster kami untuk majlis tersebut. Selain akan dipaparkan dalam slide untuk tayangan sepanjang majlis berlangsung.

Setakat ini, penaja kami terdiri dari:

Grup Buku Karangkraf - Penaja Utama
Lovelydcakery - Penaja Kek Ulangtahun

Berminat? Sila email kami di admin.ramfc@gmail.com untuk perbincangan lanjut atau mesej kami di Facebook RAMFC - http://m.me/RAMFC

Ruang penajaan ini dibuka kepada semua badan perniagaan sama ada peniaga online atau pun korporat.

Untuk menyakinkan anda, laman kami sentiasa dikemaskini dan selalu trending  di sosial media. Ini adalah bukti yang ingin kami kongsikan kepada anda:





Jadi kami yakin potensi laman kami untuk mengiklankan produk anda. Ini antara peluang untuk mendekati pelanggan dan memberi publisiti kepada perniagaan anda.

Tunggu apa lagi, mesej kami segera di admin.ramfc@gmail.com

Ramlee Awang Murshid di MHI-TV3

$
0
0

RAM DI MHI-TV3, SELASA 21 FEB, 7.00 PAGI.


DENGAN TOPIK HANGAT - PENULIS PICISAN VS PENULIS ILMIAH.


SETKAN TV ANDA KE SALURAN TV3! 


Nampaknya perbincangan hangat di sosial media telah di angkat ke kaca TV pula. Ramlee Awang Murshid pula dijemput membincangkannya. Jom sama-sama kita dengar pendapat mengenai perkara ini. Sama-sama kita tonton Malaysia Hari Ini (MHI) hari Selasa di TV3.


P/S: Mungkin sempat kita hadam juga 99 kata RAM!

Viewing all 57 articles
Browse latest View live